APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI PEMBUANGAN BAYI
Pengenalan Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.  |                          
  |                        
Mengapa terjadinya pembuangan  bayi?
                    Bayi dibuang kerana:
- Kehamilan yang tidak diingini
 - Perhubungan seks rambang dan luar nikah
 
Apakah kesan pembuangan bayi?
                    Kesan dari sudut:
                    Perubatan
- Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
 - Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
 - Kehilangan darah
 - Jangkitan kuman
 - Kecederaan sewaktu bersalin
 
Psikologi dan sosial
- Murung
 - Hilang keyakinan diri
 - Rasa bersalah
 - Resah atau gelisah
 - Masalah emosi dan hubungan interpersonal
 
Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
                    Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?
 Elakkan    kehamilan jika anda belum:                              
 Semua agama utama di Malaysia 
 Elakkan seks sebelum kahwin 
 
  |                        
- Ingat:       badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik

 - Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
 - Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela
 - Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
 - Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
 - Dapatkan bantuan jika anda hamil
 - Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
 - Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
 - Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
 - Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi
 
Di mana anda boleh mendapatkan  bantuan jika anda hamil?
                    Dapatkan bantuan dari:
- Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
 - Kaunselor sekolah
 - Guru sekolah
 - Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
 - Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan
 
Implikasi undang-undang  pembuangan dan pembunuhan bayi
                    Di bawah Akta  Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:
- Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
 - Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah
 
Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
- Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun
 
Semakan akhir: 12 Oktober 2006
 
No comments:
Post a Comment