Friday, 20 January 2012

PEMBANGUNAN SOSIAL

PEMBANGUNAN SOSIAL

Apa itu pembangunan sosial?
Pembangunan sosial adalah satu proses yang mana seseorang memperoleh identiti dan tingkah laku daripada masyarakat.

Apakah yang berlaku semasa pembangunan sosial?


Belajar menerima tanggungjawab baru
  • Tanggungjawab fizikal:
    • Senaman, kecergasan dan rekreasi
    • Mengambil makanan mengikut saranan piramid makanan
    • Mengambil makanan ringan yang sihat
  • Tanggungjawab sosial
    (Contoh kerja berpasukan, menyayangi rakan)
  • Tanggungjawab pembelajaran
    (Contoh belajar berkumpulan)
  • Tanggungjawab terhadap keluarga

Membentuk dan memahami peranan baru diri sendiri dan orang lain.
Ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan tanggungjawab dan fungsi yang akan menyebabkan timbulnya konflik.
Membentuk perhubungan yang baru.

pembangunan sosial

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sosial?

  1. Budaya dan struktur sosial

Sikap dan tingkah laku di dalam sesuatu budaya akan membentuk pembangunan sosial.
Anda akan membesar mengikut bentuk amalan dan pengharapan masyarakat.

  1. Kemahiran keibubapaan

Cara ibu bapa menjaga/mendidik anak-anak mempengaruhi pembangunan sosial remaja:

    • Kemahiran berkomunikasi
    • Kemahiran bersosial
    • Kemahiran hidup seharian
      (Contoh : penjagaan diri, kemahiran bermasyarakat, kemahiran kekeluargaan)
    • Kemahiran menyelesaikan masalah
    • Kemahiran kerohanian
  1. Status keluarga

Status kewangan keluarga mempengaruhi aktiviti sosial.

Semakan akhir: 17 Januari 2007

No comments:

Post a Comment