Thursday 12 January 2012

TUMOR Stroma Gastrousus jejas salur penghadaman

GIST jejas salur penghadaman

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MENGHADANG... tumor dalam gastrousus.
MENGHADANG... tumor dalam gastrousus.

TUMOR Stroma Gastrousus (GIST) ialah sejenis ketumbuhan yang paling biasa terjadi di saluran gastrousus yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen. Bagaimanapun, ia tumor yang jarang berlaku dengan kes tahunan sebanyak 0.7 bagi setiap 100,000 orang.

Ia boleh berlaku di mana-mana di sepanjang saluran gastrousus iaitu dari esofagus hingga ke dubur. Walaupun tumor ini sering berlaku di saluran gastrousus, ia juga mungkin timbul di bahagian lain tubuh. Kekerapan terjadi di dalam perut ialah 60 peratus selain di kolon dan usus kecil.

  • Foto

    MEMBESAR... GIST dalam perut.

  • Foto

    TERDEDAH... GIST boleh berlaku di mana-mana sepanjang saluran gastrousus.

GIST adalah sarcoma iaitu sebarang kanser pada tisu perantara yang mungkin berlaku pada sebarang bahagian tubuh dan ia tumbuh daripada sel-sel tisu badan penghubung atau menyokong seperti tulang, tulang rawan, tendon, saraf, lemak, otot, tisu sinovia (tisu di sekeliling sendi) atau saluran darah.

GIST terbit sama ada daripada sel yang dipanggil Sel Celahan Cajal (ICCs) atau daripada sel stem yang berbeza atau sel pelopor yang boleh membangunkan ICCs. Kira-kira 50 hingga 80 peratus (%) GIST timbul kerana mutasi dalam gen yang dipanggil c-kit. Gen ini mengkodkan reseptor transmembran untuk faktor pertumbuhan yang dipanggil sel faktor (scf).

Click Here


Tumor yang sering dikesan secara kebetulan itu, sebelum ini sering disalah anggap sebagai sel tumor lain. Peningkatan kes GIST adalah disebabkan kesedaran yang semakin meningkat dan pengesahan diagnosis oleh ahli patologi.


GIST mempunyai kadar tahunan sekitar 14.5 juta individu di seluruh dunia. Di Britain, terdapat kira-kira 900 kes baru setiap tahun, berbanding kira-kira 3,500 hingga 5,000 kes setiap tahun di Amerika Syarikat (AS).

Kadar insiden di AS lebih rendah iaitu pada 0.32 pesakit bagi setiap 100,000 orang berbanding kadar di Korea (1.6 kepada 2.2 pesakit bagi setiap 100,000).

Di Hong Kong, kadar insiden GIST ialah 13.4 hingga 15.6 bagi setiap 100,000 orang, dengan kejadian tahunan 1.68 hingga 1.96 setiap 100,000 penduduk.

Pakar Runding Onkologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datuk Dr Fuad Ismail, berkata tanda GIST tidak spesifik dan bergantung kepada saiz dan pada bahagian ia berlaku.

Menurutnya, sebanyak 20% kes GIST dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan atau prosedur pembedahan bagi mengesan penyakit lain.

GIST kecil iaitu berukuran dua sentimeter atau kurang biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit (asimptomatik) dan majoriti mempunyai risiko yang rendah untuk menjadi tumor yang berbahaya.

“GIST biasanya tidak disedari sehingga ia mencecah saiz yang besar, berdarah atau pecah. Gejala GIST yang dikesan ketika diagnosis ialah sakit perut (antara 20% hingga 50%), pendarahan gastrousus (50%) dan tersekat dalam gastrousus (10% hingga 30%) dan asimptomatik (20%),” katanya.

Beliau berkata gejala yang paling biasa ialah pendarahan pada gastrousus iaitu membabitkan kira-kira 50 peratus pesakit. Kira-kira 25% pesakit hadir dengan pendarahan yang teruk di dalam saluran usus atau rongga peritoneal akibat tumor yang pecah.

“Pesakit dengan tumor yang lebih besar mungkin mengalami ketidakselesaan abdomen. GIST esofagus boleh hadir dengan disfagia iaitu gastrik dan usus kecil sering hadir dengan gejala yang tidak nyata dan hanya disedari ketika pengesanan melalui gastroskopi atau pengimejan.

“Pesakit biasanya mengalami masalah ketika menelan, pendarahan gastrousus dan metastasis (perebakan penyakit terutamanya di dalam hati),” katanya.

Menurutnya, pesakit biasanya ada sejarah sakit perut atau rasa tidak selesa yang tidak nyata dan tumor sudah menjadi agak besar ketika diagnosis dibuat.

Sebagai sebahagian daripada analisis, ujian darah dan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) sering dijalankan. Satu sampel biopsi akan diperiksa menggunakan mikroskop. Ahli histopatologi mengenal pasti ciri-ciri GIST (sel gelendung dalam 70% hingga 80%, aspek epiteloid dalam 20-30%). Tumor yang lebih kecil biasanya boleh didapati pada lapisan propria muscularis dinding usus.

Tumor yang besar berkembang, terutamanya yang keluar daripada dinding usus sehingga tahap di mana ia mendahului bekalan darah dan menjadi beku (mati) di bahagian dalam.

Semua ketumbuhan mempunyai potensi untuk menjadi malignan (merebak ke bahagian lain). Untuk itu, satu skim untuk meramalkan risiko kelakuan agresif dalam GIST berdasarkan saiz tumor dicadangkan.

GIST kecil iaitu dengan ukuran rentas kurang dua sentimeter (cm) sering diabaikan. Kriteria untuk merebak yang berdasarkan saiz ketumbuhan dan kiraan mitotic mungkin berbeza-beza bergantung kepada tempat ia tumbuh. GIST usus dianggap berisiko tinggi apabila ia lebih 5 cm atau lebih lima mitoses setiap 50 HPF.

GIST gastrik dianggap berisiko tinggi apabila ia melebihi 10 cm atau lebih lima mitoses setiap 50 HPF. Saiz tumor juga ditunjukkan sebagai bebas faktor ramalan dalam hidup, dengan tumor lebih 10 sm mempunyai lima survival tahun hanya 50%.


Diagnostik

Rawatan utama - pembedahan dan terapi sasaran.


Pembedahan

Pembedahan utama rawatan untuk pesakit dengan GIST setempat. Pembedahan perlu terapi.


Rawatan cadangan

Peranan pembedahan ialah melegakan kesakitan penghidapnya.


Terapi perubatan dan terapi sasaran

Terapi perubatan bagi tumor pepejal secara umumnya merujuk kepada kemoterapi dan terapi. Walaupun ia berbentuk tisu lembut, ia tahan kemoterapi tetapi tidak digalakkan.

No comments:

Post a Comment