Mati Pucuk
 Definisi:   Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup  lama  untuk mencapai kepuasan hubungan seks. Kajian  epidemologi di  Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun  ke atas  mengalami masalah mati pucuk.
                    
Sebab-sebab mati pucuk:
- Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
 - Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
 - Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
 - Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
 - Kegagalan hati dan buah pinggang
 - Penyakit Parkinson
 - Angin ahmar
 - Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
 - Kesan sampingan ubat-ubatan
 
Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.
Simptom
- Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
 - Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
 - Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks
 
Komplikasi
- Kemurungan
 - Kebimbangan semasa hubungan
 - Masalah perkahwinan
 - Rasa rendah diri
 - Kualiti hidup rendah / kurang
 
Rawatan
Rawatan Bukan Ubat
- Mengamalkan cara hidup sihat boleh membantu sesetengah lelaki dalam masalah ini seperti:
 - Berhenti Merokok
 - Mengurangkan berat badan yang berlebihan
 - Meningkatkan aktiviti fizikal
 
- Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
 
Rawatan  Ubat-ubatan
                    
Ubat-ubatan  boleh didapati  untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam   keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat  vakum khas  dan pembedahan implan mungkin berguna. (Anda perlu  mendapatkan nasihat doktor  sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan  tersebut)
                      
Pencegahan
- Berhenti Merokok dan pengambilan alkohol
 - Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima
 - Cara hidup yang sihat
 
- Pengendalian stres
 
Semakan Akhir : 22 April 2008
No comments:
Post a Comment