Masalah Gangguan Pemakanan
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah gangguan pemakanan?
Masalah gangguan pemakanan adalah tabiat pemakanan yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan juga psikososial seseorang individu. Ini termasuklah :
- Anorexia Nervosa :
- Satu keadaan dimana seseorang sengaja menghadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya.(kekurangan berat badan yang teruk).
- Bulimia Nervosa :
- Merupakan tabiat mengambil makanan dan kemudian mengeluarkan semula apa yang dimakan seperti memuntahkan semula makanan , penyalahgunaan laxative dan enema (cecair yang disuntik ke dubur) atau senaman yang berlebihan .
- Masalah Keseronokan Menikmati Makanan :
- o Merujuk kepada individu yang sentiasa seronok menikmati makanan tetapi tidak mengeluarkan semula apa yang dimakan.
Masalah gangguan pemakanan ini lazimnya berlaku dikalangan golongan remaja perempuan.
Apakah ciri-ciri individu yang mengalami masalah gangguan pemakanan ?
- Pengumpulan lemak yang ketara atau peningkatan berat badan berlebihan.
- Pengurangan berat badan yang berlebihan.
- Tiada kedatangan haid
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa?
Anorexia Nervosa :
|
|
Bulimia Nervosa :
|
- Masalah perkumuhan, lendir kotor di dalam usus besar dan juga gangguan pembuangan air besar akibat daripada penggunaan laxative.
- Sukar untuk tidur.
- Suara menjadi serak.
Apakah kesan-kesan yang berlaku akibat daripada masalah gangguan pemakanan?
Masalah gangguan pemakanan akan menyebabkan komplikasi yang serius iaitu :
- Semakin lama tabiat pemakanan yang abnormal diamalkan, semakin tinggi risiko gangguan status pemakanan akan berlaku termasuklah:
- Kehilangan otot-otot, kehilangan lemak tubuh dan juga mineral pada tulang.
- Kekurangan mineral utama dan vitamin.
- Gangguan psikologi :
- Masalah penyesuaian diri semasa mengalami perubahan ke tahap akil baligh
- Sentiasa mengasingkan diri daripada bersosial dan sering mengalami konflik keluarga.
- Kurang keyakinan diri.
- Gangguan mental seperti takut dan kemurungan.
- Masalah-masalah lain :
- Pertumbuhan terbantut dan lewat mencapai akil baligh
- Tulang mudah reput dan seterusnya mengakibatkan osteoporosis
- Berisiko tinggi mendapat penyakit dan boleh membawa maut.
Bagaimana untuk membantu anda menangani masalah ini?
- Berbincang dengan keluarga / guru / kawan-kawan dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.
- Doktor akan merawat anda bersama-sama dengan pakar kesihatan yang lain.
- Anda akan mendapat terapi/ rawatan secara individu, rawatan keluarga, perubahan sikap dan juga pemulihan pengambilan makanan.
- Anggota Fisioterapi dan pemulihan cara kerja juga akan membantu anda dalam proses pemulihan
- Sekiranya anda mengalami komplikasi dan kekurangan pemakanan yang teruk anda harus mendapat rawatan di hospital untuk tempoh tertentu.
Apakah rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini?
Objektif rawatan bagi masalah ini adalah untuk mencapai berat badan yang normal dan tabiat makan yang baik supaya pertumbuhan fizikal dan mental dapat berkembang dengan sempurna. Sasaran berat badan yang normal adalah pada Indeks Jisim Tubuh (IJT) 18 - 24 (ataupun mencapai berat badan sebelum mengalami masalah gangguan pemakanan).
- Lazimnya rawatan ubat tidak diberikan disebabkan ianya kurang efektif
- Ubat antikemurungan biasanya diberikan kepada pesakit anoreksia nervosa yang mengalami tekanan
- Rawatan pemulihan biasanya mengambil masa yang lama dan rumit.
- Sokongan keluarga dan persekitaran yang baik adalah perlu dalam proses pemulihan.
- Rawatan di hospital adalah diperlukan bagi kes-kes yang serius.
Bila anda perlu mendapatkan bantuan atau rawatan?
- Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami masalah gangguan pemakanan, segera dapatkan nasihat daripada doktor.
- Semakin cepat masalah ini dikesan, semakin cerah peluang untuk pesakit pulih.
Semakan terakhir : 25 Januari 2006
No comments:
Post a Comment