
Penyakit Kulit Yang Kronik
                 
Definasi
 Ianya  adalah  keradangan pada kulit. Lazimnya ia merupakan ruam yang disebabkan oleh   tindakbalas kulit terhadap bahan yang kita sentuhi
                     
                   Gambar contact dermatitis.
   |                            
  |                          
Apakah bahan iritasi biasa yang  boleh menyebabkan dermatitis?
                     
                   Bahan yang biasanya menyebabkan keradangan terhadap  kulit adalah seperti  berikut. Ia biasanya berlaku ditangan
- Detergen – Suri rumah yang banyak mengguna detergen cenderung untuk mendapat ‘contact dermatitis.
 - Bahan-bahan getah – sarung tangan, alat pemegang getah atau alat senaman atau pemegang basikal / motosikal.
 - Pewangi – minyak wangi, syampu, kosmetik, tisu dan deodoran.
 - Pelarut seperti petrol.
 - Minyak dan bahan kimia lain yang digunakan dipelbagai tempat kerja.
 - Barang kemas, kancing pada jeans, tali baju dalam.
 - Nikel (tembaga putih) pada pengancing tali pinggang, kerongsang dan tali kulit jam tangan.
 
                   Apakah presentasi bentuk  dermatitis biasa yang dapat dilihat?
Tanda – tanda adalah kemerahan, kulit gatal dan bengkak serta berair.  |                        ||
  |                          ![]()  |                          
  |                        
Rawatan 
                 
Rawatan dibahagikan kepada :
- Pelembap - bagi keradangan kulit yang sedikit
 - Steroid yang disapu - krim, salap dan losen. Krim steroid yang tidak kuat boleh dibeli dari farmasi tanpa preskripsi doktor. Krim steroid yang kuat di guna bagi keadaan kulit yang teruk dan memerlukan preskripsi doktor.
 - Lain-lain rawatan seperti antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.Kadangkala, pil steroid diberi jika terdapat keradangan kulit yang teruk.
 - Jika terdapat bahagian yang berair, bahagian tersebut di rendam dengan Pottasium Permanganet
 - Kulit kering dan bersisik, sapukan krim akueus atau salap ung emulsificent sebagai pelembap.
 
Jumpa  dengan doktor anda jika terdapat tanda-tanda jangkitan kuman.
                     
                       Rawatan jangka masa panjang 
                 
Apabila  keradangan kulit terkawal, tujuan utama rawatan adalah untuk mengelakkan ia  daripada berulang.
                   Penjagaan  tangan : 
- Jangan biarkan tangan terendam lama di dalam air
 - Gunakan sarung tangan semasa mengendalikan bahan kimia atau detergen
 - Use barrier cream to help protect the skin when working
 - Gunakan krim perlindungan kulit semasa bekerja, guna detergen lembut semasa membasuh pinggan mangkuk
 - Keringkan tangan secukupnya selepas membasuh
 - Gunakan pelembap dan sapukan ia dengan kerap
 
Mengelakkan bahan yang menyebabkan keradangan kulit :
- Cuba kesan bahan yang menyebabkan contact dermatitis seperti nikel, kerongsang atau kosmetik
 - Aktiviti tertentu yang menggunakan bahan yang boleh mendatangkan masalah memerlukan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan pendedahan kepada kulit
 
Penggunaan steroid yang di sapu berkala :
 Steroid  boleh melegakan gejala tetapi ianya tidak boleh di gunakan berterusan seperti  krim Betnovate dan krim hydrocort.
                 
Perkara yang perlu diingati 
                   Kenalpasti  bahan yang boleh menyebabkan masalah  kulit. Elakkan pendedahan kepada bahan  tersebut adalah langkah yang  penting untuk mengelakkan contact dermatitis.
                 
                 
Semakan Akhir : 28 April 2008
 
 
 
No comments:
Post a Comment