Pengurusan Masa
                
Pengenalan
                    
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.
Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.
Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
- Membazir banyak masa yang berfaedah
 - Menjadi tidak produktif
 - Mendapat stres
 - Menjadi cemas dan bimbang
 - Bertambah gusar dan mudah marah
 
Dan yang paling utama, anda:
- Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
 
Panduan
                        Panduan pengurusan masa bagi remaja
                        Buat jadual harian. Catatkan: 
- Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
 - Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
 - Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
 - Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
 - Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
 
Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
                    Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam  atau tidak melakukan  apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang  ada untuk mengubah masa lapang  anda dengan melakukan aktiviti yang  lebih produktif.
Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
                    Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai  contoh: 'Saya ingin  memperoleh wang' bukanlah satu matlamat; sebaliknya  'Saya ingin mendapatkan  RM50.00 untuk membeli sepasang kasut';  merupakan satu matlamat.
                    Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
                    Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan  aktiviti mengikut kategori.  Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah adalah  keutamaan, Melakukan senaman adalah  keutamaan, Bersiar-siar di pusat  membeli belah bukan keutamaan'.
                    Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.
Tetapkan had masa.
                    Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.
                    Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.
Gunakan diari.
                    Diari atau jadual waktu dapat membantu anda  melakukan tugasan dan mencapai  matlamat yang ditetapkan.Ia juga turut  membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan  apa yang  mesti dibereskan.                     Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan  masa yang terluang  untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin  dilakukan.
Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
                    Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu  diselesaikan  membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan  lebih baik.
Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
                    Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun  semula tugasan yang  ingin dibereskan.Pembaziran ini dapat dikurangkan  jika anda boleh menyimpan semua tugasan  di satu tempat agar ia boleh  dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.
Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
                    Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika  melengah-lengahkan kerja.
Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
                    Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.
Hasil
                    Anda menjadi:
- Lebih terurus
 - Produktif
 - Kurang tertekan
 - Gembira
 - Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna
 
Semakan akhir: 28 April 2008
No comments:
Post a Comment