Mendapatkan Maklumat Ubat-ubatan Daripada Doktor/Ahli Farmasi
                  
Sebelum anda meninggalkan bilik dotor dengan preskripsi yang baru, pastikan anda benar-benar faham mengapa anda diberikan ubat. Ahli farmasi anda akan memastikan anda menerima maklumat yang berharga mengenai cara anda perlu mengambil dan bagaimana untuk mengendalikan kesan-kesan sampingan. Tanyakan soalan-soalan berikut:
- Apakah nama ubat yang diberi dan apakah sebab ianya diberi? Apakah nama generik dan dagangan bagi ubat itu?
 - Apakah jadual pendosan baginya dan bagaimanakah cara ianya diambil?
 - Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa mengambil ubat?
 - Apakah kesan sampingan yang dijangka dari ubat itu? Apakah yang harus dilakukan sekiranya kesan sampingan tersebut terjadi?
 - Berapa lamakah harus saya mengambil ubat itu?
 - Bagaimanakah cara menyimpan ubat itu?
 - Adakah ubat itu perlu diambil semasa perut kosong atau bersama makanan? Adakah selamat jika saya minum alcohol semasa mengambil ubat itu?
 
Mengambil ubat berpreskripsi 
                  Ikut arahan doktor anda. Minta doktor/ahli farmasi   mencatatkan arahan-arahan tertentu jika anda takut terlupa arahan  tersebut.
                   Ambil ubat anda seperti yang telah  diarahkan/dipreskripsikan oleh doktor 
                    Ambil ubat anda sahaja. Mengambil ubat orang lain mungkin akan memudaratkan anda dan  menyebabkan rawatan anda bertambah menyusahkan.
                    
Kenali ubat anda:saiz,  bentuk, warna, nombor atau nama yang terukir, jenis (ubat biji atau kapsul),  atau bekas.
                    
Sediakan ubat yang perlu diambil pada waktu malam.Jika anda perlu mengambil lebih dari satu jenis ubat, jangan simpan  ditepi katil anda.
                    
Sebelum anda melancong,  tanya doktor atau ahli farmasi bagaimana untuk menukar jadual   pengambilan ubat anda untuk memngambil kira perubahan waktu, rutin dan  pemakanan.  Bawa bersama nombor telefon doktor dan ahli farmasi anda.  Apabila menaiki  penerbangan, bawa ubat anda bersama; jangan masukkan ke  dalam bagasi. Apabila  dalam perjalanan, patikan ubat tidak terdedah  kepada cuaca panas atau sinar  matahari.
                    
Jika terdapat kanak-kanak di rumah, jauhkan  ubat-ubatan dari mereka dan jangan mengambil ubat di hadapan mereka. 
                    
Pastikan preskripsi anda diisi semula lebih awal untuk mengelakkan anda kehabisan ubat. Ini akan menyebabkan jadual  pemngambilan ubat anda tergendala.
                    
Rancanglah penggunaan ubat anda di rumah.  Ramai orang menggunakan carta atau jadual bertulis untuk  mengingati  pengambilan ubat mereka. Ada yang menggunakan bekas dengan warna   penutup yang berbeza, bahagian yang berlainan atau loceng yang berbunyi  pada  waktu-waktu tertentu.
                    
Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering, jauh  daripada cahaya.Kabinet  dapur atau bilik tidur  adalah tempat simpanan yang baik. Jangan simpan  ubat di tempat yang lembab dan  panas kerana ini boleh mengurangkan  keberkesannya. Jangan simpan ubat di dalam  peti sejuk, kecuali ditulis  pada label atau diarah oleh ahli farmasi atau  doktor.
                    
Biasakanlah menyimpan ubat di dalam bekas asalnya, dan jangan letakkan pelbagai jenis ubat di dalm satu bekas.
                    
Pengambilan Ubat-Ubatan 'Atas Kaunter' (OTC)
                    Ubat  'atas-kaunter' (OTC) adalah ubat yang boleh  dibeli tanpa preskripsi. Ubat  'atas-kaunter' yang biasa adalah ubat  penahan sakit, julap, ubat selsema dan  batuk dan antasid ('ubat pedih  hati' ). Anda perlu berbincang dengan ahli  farmasi tentang ubat OTC  sebelum mengambilnya. Berikut adalah panduan penting  yang perlu  diingat:
                    
 Sentiasa membaca dan mematuhi arahan pada label ubat. 
                  Label  ubat 'atas-kaunter' akan memberikan maklumat  yang anda perlukan untuk mengambil  ubat anda dengan cara yang betul dan  memaklumkan kepada anda:
- Bahan aktif dan tidak-aktif
 - Kegunaan ubat tersebut
 - Interaksi atau kesan sampingan yang mungkin berlaku
 - Bagaiman dan bila (atau tidak) untuk mengambil ubat tersebut
 - Lain-lain amaran.
 
 Pilih ubat OTC yang mempunyai bahan yang diperlukan sahaja. 
                    Adalah  lebih baik untuk anda menggunakan ubat yang  merawat masalah atau gejala yang  anda alami sahaja. Minta pertolongan  ahli farmasi anda. Jika anda mengambil  lebih daripada satu ubat, beri  perhatian kepada bahan aktifnya, untuk mengelakkan  anda mengambil  terlebih bahan aktif yang sama.
                  
Periksa bungkusan untuk memastikan ia tidak terjejas dan tarikh luput. 
                    Jangan  beli ubat jika bungkusan telah rosak atau  telah melepasi tarikh luputnya.  Tarikh luput memaklumkan anda bahawa  produk itu tidak berkesan lagi jika tarikh  itu dilepasi.
                    
Beritahu doktor anda sekiranya anda mengambil ubat OTC dengan kerap.  
                  Kebanyakan ubat OTC digunakan untuk jangkamasa yang singkat sahaja.
Panduan bagi Warga Emas Bagi Penggunaan Ubat Yang Selamat
Ketahuilah tentang ubat anda. Baca label ubat dan sisip bungkusan dan ikutlah arahannya. Jika  anda ada pertanyaan, tanyalah doktor atau ahli farmasi.
                    
Berbincanglah dengan kumpulan professional  kesihatan  mengenai masalah perubatan,  kesihatan anda, dan semua ubat-ubat yang  anda ambil (ubat preskripsi atau  tanpa-preskripsi (OTC)), termasuk  suplemen kesihatan, vitamin dan ubat herbal.  Mereka dapat membantu anda  dengan mengetahui lebih banyak mengenai anda. Jangan  taku bertanya  soalan.
                    
Perhatikan jika berlaku kesan sampingan atau  interaksi ubat dan terus beritahu doktor atau  ahli farmasi jika terdapat sebarang gejala atau perubahan pada diri anda yang  tidak dijangka.
                    
Pastikan anda memenuhi semua temujanji dengan  doktor dan sebarang ujian pemantauan oleh  doctor atau makmal.
                    
Gunakan takwim, kotak pil atau perkara lain ,  untuk mengingatkan anda tentang ubat apa yang perlu diambil dan  bila.  Tuliskan maklumat yang doktor berikan tentang keadaan kesihatan anda dan   yang ahli farmasi anda berikan tentang ubat anda.
                    
Bawa bersama seorang kawan atau saudara ke  temujanji anda jika anda fikir ini boleh  membantu anda untuk lebih memahami atau mengingati maklumat daripada doktor  anda.
                    
Adakan pemeriksaan ke atas ubat-ubatan anda sekali  setahun.  Kemaskan kotak ubat anda dan buangkan  semua ubat yang lama atau luput  tarikhnya. Juga minta ahli farmasi menyemak  semua ubat yang anda ambil  pada waktu kini. Jangan lupa beritahu mereka tentang  semua ubat OTC,  vitamin, suplemen kesihatan dan ubat herbal yang anda ambil.
                    
Jauhkan semua ubat anda dari penglihatan dan capaian kanak-kanak.
Kepatuhan Kepada Ubat Anda
Definisi
Kepatuhan (komplians) kepada ubat ialah mematuhi syor-syor yang diberikan terhadap ubat-ubatan anda oleh kumpulan professional kesihatan.
Kepentingannya
- Untuk memulih kesihatan dan kekal sihat
 - Untuk mengawal kesihatan diri anda
 - Mengurangkan kejadian komplikasi disebabkan oleh cara pengambilan ubat yang salah
 - Mengurangkan kos disebabkan bertambahnya perundingan dengan doktor/ahli farmasi atau kemasukan ke hospital
 
Panduan Dalam Membantu Komplians
- Ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari.
 - Kaitkan pengambilan ubat dengan waktu makan aktiviti harian seperti menggosok gigi.
 - Gunakan alat bantuan untuk ubata-ubatan untuk membantu anda mengingati jadual pengambilan ubat seperti kotak pil, jadual yang anda boleh catatkan selepas ubat diambil.
 - Berbincang dengan ahli farmasi anda supaya beliau boleh membantu anda menyediakan jadual pengambilan ubat (lihat jadual 1: Jadual Pengambilan Ubat)
 
Nama Ubat |                            Jenis/Warna/ Bentuk/ sampel |                            Tujuan pengambilan |                            Waktu untuk diambil |                            Nota (Kesan sampingan / arahan tertentu) |                          
  |                            
  |                            
  |                            
  |                            
  |                          
  |                            
  |                            
  |                            
  |                            
  |                          
  |                            
  |                            
  |                            
  |                            
  |                          
Jadual 1: Jadual Pengambilan Ubat
- Gunakan peranti ubat tertentu untuk pengambilan ubat yang sukar untuk diambil contohnya pemecah pil, pemotong pil, dan lain-lain.
 - Gunakan pelekat/pengingat pada cabinet/kotak/bekas ubat atau pada peti sejuk untuk mengingatkan tentang pengambilan ubat.
 - Mintalah bantuan saudara-mara untuk mengingatkan anda untuk mengambil ubat.
 - Ketahuilah tentang ubat anda, mengapa ianya diberikan kepada anda, bagaimana ia berfungsi, dan lain-lain daripada ahli farmasi.
 - Jangan ubah cara pengambilan ubat anda tanpa terlebih dahulu merujuk kepada doktor/ahli farmasi.
 
No comments:
Post a Comment