Friday 20 January 2012

Pemakanan Pesakit Diabetis Mellitus (Kencing Manis)

Pemakanan Pesakit Diabetis Mellitus

Objektif pengurusan pemakanan;

  • Untuk mengekalkan paras gula pada tahap yang normal
  • Untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah
  • Untuk mengelakkan komplikasi diabetis

Terdapat tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit diabetis mellitus:

  • Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan
  • Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan
  • Kumpulan 3 : Makanan yang boleh diambil secara bebas

Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan

  • Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu
  • Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap
  • Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau)
  • Gula-gula, kuih manis, kek, coklat.
  • Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis.
  • Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.

Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan

Item Makanan

Bijirin dan hasil bijirin

  • Nasi
  • Roti/ biskut/ kuih yang tidak manis
  • Pasta/ makaroni/ spageti
  • Mee / Mee Hoon/ Kuew Teow / Laksa
  • Capati / Roti Canai / Tosai
  • Ubi kentang/ ubi kayu/ keladi/ keledek

Kekacang

  • Kacang tanah, Kacang hijau, Kacang merah, Kacang soya, Dhal

Susu dan hasil susu

  • Susu segar
  • Susu penuh krim
  • Susu rendah lemak
  • Susu tanpa lemak
  • Susu sejat
  • Low Fat Yogurt
  • Keju

Buah-buahan

  • Epal / limau / lai/ pir
  • Pisang
  • Mangga / belimbing
  • Langsat / longan/ anggur
  • Rambutan/ laici
  • Betik / nenas / tembikai
  • Nangka / Cempedak

Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas

  • Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan.
  • Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula.
  • Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit.
  • Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji / minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan darah seseorang jika diambil secara berlebihan.

Pengurusan Pemakanan Untuk Hipoglisemia

Jika anda dan orang yang anda sayangi mempunyai tanda-tanda hipoglisemia

  • Makan atau minum dengan segera salah satu makanan / minuman berikut
    • Gula-gula
    • 1/2 cawan jus buah-buahan
    • 1/2 cawan minuman ringan seperti cordial / sirap
    • 1 sudu besar gula atau madu
  • Kemudian segera ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor anda.
  • Sentiasa membawa gula- gula atau kismis sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan hipoglisemia.

Pemanis Tiruan

  • Sekiranya anda ingin memberikan rasa manis pada makanan atau minuman, gunakan pemanis tiruan.
  • Kebanyakkan pemanis tiruan mengandungi Aspartame dan ini tidak sesuai bagi individu yang menghidapi penyakit phenylketonuria.
  • Minuman yang mengandungi pemanis tiruan seperti ???Diet Coke??? , gula ???gula dengan pemanis tiruan, diabetic chocolate dan diabetic jem boleh dambil selagi tidak meningkatkan aras glukos darah anda.
Panduan Untuk Pesakit Diabetis
  • Jangan tinggalkan atau melangkau waktu makan. Pastikan anda mengambil makanan mengikut waktu.
  • Pelbagaikan jenis makanan anda.
  • Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian untuk mendapatkan serat, vitamin dan mineral.
  • Pilih makanan tinggi serat seperti roti mil penuh, biskut mil penuh dan oat.
  • Jangan mengambil buah semasa perut kosong.
  • Jus buah tidak mengandungi serat. Sekiranya ingin mengambil jus buah, jangan tapis minuman anda dan jangan menambah gula dalam minuman anda.
  • Kurangkan jumlah lemak dan lemak tepu dalam diet anda.
  • Sekiranya anda mengambil suntikan insulin, ambil hidangan anda dalam masa 30 minit selepas suntikan.
  • Snek (minum pagi, minum petang dan minum malam) disarankan terutamanya individu yang mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan hipoglisemia.
  • Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik atau Pakar Pemakanan.

No comments:

Post a Comment