Thursday 19 January 2012

Penyakit Gonorea


Apa itu Gonorea?

  • Penyakit Gonorea adalah jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea. Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala.
  • Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.

Bagaimana anda tahu seseorang itu mengidap Gonorea?
Pada remaja perempuan :

  • Mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala atau mengalami gejala ringan sehinggalah penyakit ini menjadi lebih teruk
  • Mereka mungkin merasa sakit ketika membuang air kecil atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning kehijauan dari vagina/faraj
  • Mereka mungkin mengalami pendarahan antara kitaran haid (Intermenstrual Bleeding)

Jika jangkitan ini merebak ia akan mengakibatkan Penyakit Radangan Pelvik (PID).

Pada remaja lelaki :
angry
Lelehan nanah dari penis

  • Mereka lebih mudah mengesan gejala penyakit :
    • Merasa sakit ketika membuang air kecil
    • Mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan(nanah) dari salur kencing
  • Gejala ini akan timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan dan bagi remaja perempuan gejala akan timbul lebih lambat lagi

Adakah ia mempunyai komplikasi yang teruk?

  • Gonorea lebih bahaya jika tidak dirawat
  • Bagi remaja perempuan, ia boleh menyebabkan Penyakit Radangan Pelvik (PID)
  • Bagi remaja lelaki ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan buah zakar menjadi sakit dan bengkak
  • Ia juga boleh mengakibatkan kemandulan disebabkan parut pada saluran pembiakan

Bolehkah Gonorea dirawat?

  • Tentunya boleh
  • Jika anda dan pasangan anda menghidap gonorea, dapatkan rawatan doktor
  • Doktor akan mengambil cecair dari kemaluan untuk membuat analisa
  • Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan untuk anda dan pasangan anda
  • Pengambilan antibiotik boleh memulihkan anda tetapi ia tidak dapat mencegah anda dari dijangkiti Gonorrhoea lagi
  • Anda boleh dijangkiti semula jika anda terdedah kepada jangkitan ini

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.



http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/teens/ingat.gif

  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Gonorea, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.

Jika anda juga mengidap Gonorea pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Semakan akhir : 19 September 2006

No comments:

Post a Comment