Sebanyak 30% daripada warga emas yang berumur 65 ke atas adalah dijangka mengalami masalah penglihatan di kedua-dua belah mata. Sebanyak 70% daripada kes tersebut berpotensi untuk diubati
Simptom
Sebab-sebab gangguan penglihatan
- Rabun Mata
- Katarak
- Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaucoma)
- Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration)
- Kerosakan mata akibat diabetes
Komplikasi
- Kemalangan
- Jatuh
- Patah tulang
- Ketidakupayaan berdikari atau melakukan aktiviti harian
- Kualiti hidup yang rendah
- Pengasingan sosial
- Kemurungan
Rawatan
- Rabun Mata – penggunaan cermin mata
- Katarak – pembedahan dan pembuangan katarak dan penggantian kanta mata
- Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaucoma) – rawatan secara ubat atau pembedahan oleh pakar mata
- Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration) – rawatan laser dan alat bantuan penglihatan
- Kerosakan mata akibat diabetes – kawalan diabetes dengan baik dan rawatan lanjut dengan laser
Pencegahan
- Diabetes – Saringan awal dan rawatan optima untuk mengawal penyakit diabetes sebelum melarat
- Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma) – Saringan awal untuk pesakit yang mempunyai sejarah keluarga
Rehabilitasi
- Alat bantuan penglihatan seperti kanta mata
- Penilaian dan nasihat oleh jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja mengenai pengubahsuaian dan keselamatan persekitaran
Semakan Akhir : 22 April 2008
No comments:
Post a Comment