Thursday 19 January 2012

Gigi Tidak tersusun



Apakah yang dimaksudkan dengan gigi tidak tersusun?

Gigi tidak tersusun atau maloklusi ialah suatu keadaan di mana gigi-gigi dalam mulut tidak tersusun dengan baik atau jogang.

gigi berlapis

gigi berlapis

Kenapa susunan gigi menjadi tidak teratur?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gigi tidak tersusun dengan baik.
Antaranya :

  • Faktor keturunan.
  • Saiz tulang rahang dan gigi tidak seimbang.
  • Bilangan gigi yang lebih.
  • Bentuk gigi yang tidak normal.
  • Gigi terhimpit kerana tidak cukup ruang (terimpak).
  • Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal.
  • Tabiat buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir.

Bagaimana rupa dan keadaan gigi yang tidak tersusun?

Gigi tersebut mungkin kelihatan :

  • Bertindih antara satu sama lain.
  • Terpusing (Dracula-like eye teeth).
  • Terkeluar menyucuk bibir, pipi atau lidah.

Adakah komplikasinya?
Gigi tidak tersusun sering dikaitkan dengan :

  • Paras rupa kurang menarik.
  • Kerosakan gigi (karies gigi).
  • Penyakit gusi.
  • masalah sendi rahang

Bolehkah gigi yang tidak tersusun dibetulkan?

Ya, masalah gigi yang tidak tersusun boleh dibetulkan. Rawatan ortodontik perlu untuk membaiki paras rupa dan membolehkan penjagaan kebersihan mulut yang lebih baik.
Rawatan mungkin melibatkan :

  • Cabutan sebatang atau lebih gigi (tidak perlu memakai aplians ortodontik).
  • Pemakaian aplians ortodontik boleh tanggal.
  • Pemakaian aplians ortodontik tetap.

Bilakah masalah ini boleh dirawat?

Sebaik-baiknya rawatan ortodontik untuk masalah ini dimulakan pada peringkat awal lagi semasa tumbesaran atau perkembangan rahang mulut. Rawatan awal akan menggalakkan perkembangan gigi yang normal.

Dimanakah rawatan ortodontik boleh diperolehi?

Rawatan ortodontik boleh diperolehi di klinik-klinik pergigian kerajaan.
Walaubagaimanapun keutamaan rawatan diberikan kepada murid-murid sekolah.
Dapatkan pemeriksaan dan doktor pergigian akan membuat rujukan ke pakar ortodontik jika rawatan ortodontik diperlukan.

Rawatan ini juga boleh diperolehi di klinik-klinik pergigian swasta yang menyediakan perkhidmatan kepakaran ini. Layari laman web http://ohd.moh.gov.my untuk mengetahui rangkaian klinik-klinik pergigian kerajaan.

Semakan akhir : 27 Mac 2007

No comments:

Post a Comment