Thursday 19 January 2012

Gigi Sensitif


Apakah yang dimaksudkan dengan gigi sensitif?

Gigi sensitif adalah gigi yang mengalami rasa ngilu atau sakit akibat pendedahan lapisan dalam gigi (lapisan dentina) atau gusi yang menyusut. Rasa ngilu atau sakit terangsang ketika :

  • Mengambil makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
  • Memberus gigi.
  • Bernafas melalui mulut.

Kesakitan yang dirasai adalah bersifat tajam dan seketika.

Apakah yang menyebabkan gigi sensitif?

Gigi sensitif berlaku kerana permukaan luar gigi (lapisan enamel) haus yang mana boleh disebabkan oleh :

  • Pengambilan minuman karbonat atau makanan yang berasid.
  • Tabiat mengancing dan mengetam atau mengetap gigi .
  • Memberus gigi dengan bulu berus yang keras.
  • Memberus gigi terlalu kuat.
  • Muntah yang berlaku dengan kerap.

Apakah yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan rasa ngilu atau sakit?

Rasa ngilu atau sakit boleh dikurangkan dengan cara :

  • Berus gigi dengan perlahan menggunakan berus gigi yang mempunyai bulu lembut dan ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Kesannya hanya boleh dirasai dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu penggunaan.
  • Bahan kumuran yang mengandungi flourida boleh menguatkan gigi.

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika rasa tidak selesa masih berterusan.

Semakan akhir : 27 Mac 2007

No comments:

Post a Comment