Apakah itu "gengsterisme"?
"Gengsterisme" ialah kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan.
Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan 'gengster'?
'Gengster' sering:
|
|
Apakah punca seseorang itu menjadi 'gengster'?
Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah:
- Latar belakang keluarga yang serba kekurangan
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh media
- Personaliti diri
- "Esteem" kendiri yang rendah
Adakah kita boleh mengenal pasti jika seseorang itu akan cenderung dalam aktiviti 'gengster'?
Kebarangkalian besar seseorang itu cenderung ke arah Gengsterisme jika seseorang itu:
- Mudah marah disebabkan pertelingkahan kecil
- Suka merosakkan harta benda
- Sering pulang lewat dari sekolah
- Sering keluar di waktu malam
- Melepak
- Sering tidur di waktu siang
- Mempunyai prestasi yang rendah di sekolah
- Mempunyai rekod akademik yang kurang memuaskan
- Menghadapi masalah disiplin
- Mempunyai rekod kehadiran sekolah yang buruk/ponteng
- Menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab seperti melanggar undang-undang
- Bergaduh menggunakan senjata tajam
- Merokok
Apakah yang akan terjadi kepada remaja yang menjadi seorang 'gengster'?
Beliau akan:
- Dikenakan tindakan disiplin
- Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
- Dibuang sekolah
- Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja
- Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa
Bolehkah saya keluar dari situasi ini setelah terlibat dalam Gengsterisme?
Ya, anda boleh.
Anda seharusnya:
- Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
- Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-lain
- Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti:
- Kelab Tinju, Tekwando, menyanyi dan bersukan
- Katakan "tidak" pada sikap yang negatif
Seandainya masalah 'gengster' anda sudah menjadi terlalu serius:
- Dapatkan nasihat dan bimbingan dari ahli keluarga anda yang rapat
- Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi
Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting dalam rawatan.
Semakan akhir: 14 Julai 2006
No comments:
Post a Comment