Thursday 19 January 2012

Masalah Pendek Remaja

SAYA PENDEK

Pengenalan

Kenapa saya pendek? Adakah saya normal?

  • Ketinggian terakhir anda dipengaruhi oleh gen anda sendiri
  • Ketinggian terakhir juga boleh diukur dengan mengetahui ketinggian ibu bapa anda. Doktor anda akan membantu membuat pengiraan)
  • Jikalau ibu bapa anda rendah, anda berkemungkinan rendah juga
  • Ketinggian juga dipengaruhi oleh status nutrisi anda
  • Andainya anda mengalami sakit kronik seperti penyakit darah,penyakit buah pinggang,jantung atau lelah, ketinggian anda boleh terjejas

short stature

Adakah anda hanya pendek atau mengalami masalah kesihatan lain?
Ada masalah perubatan yang berkaitan dengan tubuh badan yang rendah.
Jika anda seorang perempuan dan mengalami ciri-ciri seperti berikut:

  • Leher yang kelihatan pendek dan lebar
  • Dada yang luas dan jarak puting payudara yang agak luas di antara satu sama lain
  • Terdapat tanda lahir yang kecil, hitam dan banyak
  • Tangan dan kaki yang kecil
  • Masalah pembelajaran di sekolah
  • Kelewatan kematangan seks:
    • Tiada perubahan lazim akil baligh
    • Tidak mengalami haid walaupun selepas umur 13 tahun

tunner syndrome
Leher yang kelihatan pendek dan lebar adalah sebahagian daripada tanda-tanda sindrom Turner

Anda mungkin mengalami sindrom Turner.
Sindrom ini adalah hasil daripada ketidaknormalan dalam kromosom (gen)anda.
Sila rujuk doktor anda jika mempunyai sebarang kemusykilan.

Adakah ia merupakan satu masalah?
Pendek tidak menghalang anda dari menjadi seorang yang berjaya. Ramai tokoh ternama dan penghibur terkenal adalah pendek juga! Walau bagaimanapun, sesetengah remaja yang lebih pendek dari rakan-rakan mereka mungkin:

  • Mengalami masalah buli di sekolah
  • Berasa sedih dan memerlukan sokongan

Anda perlukan pertolongan?
Jikalau anda diusik atau dibuli, berbincanglah dengan:

  • Ibu bapa dan ahli keluarga
  • Guru-guru
  • Kaunselor sekolah
  • Doktor

Wujudkan kumpulan sokongan bagi orang-orang pendek?
Persatuan Sindrom Turner Malaysia sedia membantu mereka yang mengalami sindrom Turner.

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment