Thursday, 19 January 2012

SAYA TINGGI

SAYA TINGGI

Pengenalan

Yahoo! Sayalah yang tertinggi!

  • Ketinggian selalunya menjadi satu kelebihan
  • Anda mungkin tinggi seperti ibu bapa anda
  • Ketinggian yang keterlaluan mungkin berkaitan dengan masalah perubatan

saya tinggi

Risau dengan ketinggian anda?

Ketinggian yang tidak normal boleh dikaitkan dengan beberapa masalah perubatan seperti sindrom Marfan dan Thyrotoxicosis. Ciri-ciri sindrom Marfan adalah seseorang yang terlalu tinggi dan memiliki gejala seperti berikut:

  • Masalah penglihatan
  • Masalah pernafasan
  • Sakit dada
  • Jari dan tangan yang luar biasa panjang

Ciri-ciriThyrotoxicosis adalah:

  • Tangan yang bergetar
  • Peluh yang berlebihan
  • Selera makan meningkat dengan penurunan berat badan
  • Denyutan jantung meningkat

Jikalau anda mengalami salah satu masalah di atas, anda dinasihati berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Adakah ia satu masalah?
Biarpun ketinggian merupakan impian kebanyakan orang, namun anda mungkin berasa tersisih.

Adakah sebarang rawatan?
Rawatan perubatan bergantung kepada punca masalah ketinggian tersebut.
Doktor anda mungkin akan memberi preskripsi untuk terapi hormon agar ianya dapat menyebabkan perkembangan akil baligh dan mengehadkan ketinggian terakhir.

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment