Thursday 19 January 2012

Ketenangan


Apa itu ketenangan?
Ketenangan adalah suatu keadaan di mana anda merasa selesa, lega dan bebas dari tekanan perasaan.

Apakah petunjuk yang kita rasa tenang?

  • Degupan jantung pada kadar biasa
  • Pernafasan mudah dan selesa
  • Tiada ketegangan otot
  • Fikiran bebas dari segala kerisauan
  • Selesa tubuh badan

Apakah kebaikan bila kita rasa tenang?

  • Mudah berasa gembira
  • Bebas dari tekanan, runsing dan marah
  • Dapat tidur dengan nyenyak
  • Fikiran lebih rasional
  • Mudah menghadapi sebarang kesukaran
  • Mudah menyelesaikan sebarang masalah

Apakah bentuk-bentuk ketenangan?

  • Mengalih perhatian:
    • Mendengar alunan muzik
    • Menonton televisyen
    • Membuat sesuatu yang anda gemari seperti bermain alat muzik, melukis, mengukir dan bersukan
    • Melakukan aktiviti kerohanian-berzikir
    • Meluahkan perasaan hati melalui penulisan
  • Mengambil bahagian di dalam aktiviti yang menyeronokkan:
    • Relaksasi fizikal
    • Berurut dan rawatan spa
    • Yoga
    • Senaman Tai Chi / Qigong
    • Pergerakan dan percakapan yang stabil
    • Teknik-teknik pernafasan
  • Relaksasi mental:
    • Bertafakur / meditasi
    • Bayangkan perkara dan peristiwa yang menyeronokkan fikiran
    • Tidur secara tetap dan teratur
  • Ubat-ubatan khusus: Ubat khusus dapat membantu ketenangan
  • Bincang bersama doktor. Adalah digalakkan supaya anda:
    • Mencuba kaedah lain untuk relaks
    • Jangan terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.

Cara mudah mendapatkan ketenangan

  • Kerap bersenam dan riadah
  • Tentukan kedudukan badan yang selesa agar senang bernafas
  • Keadaan sekeliling yang segar dan selesa
  • Amalkan fikiran positif

Contoh-contoh teknik relaksasi?

1. Gambaran yang menggembirakan
Disenaraikan cara-cara yang anda boleh gunakan bagi mendapatkan ketenangan:

  • Bayangkan tempat yang anda fikirkan selamat, aman damai, dapat berehat dengan tenang, cantik dan suka seperti di pantai, di air terjun, pemandangan di gunung dan apa jua yang difikirkan untuk ketenangan
  • Bayangkan bunyi air mengalir, deruan ombak atau kicauan burung, bau rumput yang baru dipotong, menikmati pemerhatian di tebing, matahari terbenam, pemandangan di laut dan merasai pasir, daun dan lain-lain
  • Cantum dan bayangkan perasaan anda melalui senaman pernafasan

2. Ketenangan fizikal
Teknik relaksasi fizikal meliputi:
Teknik pernafasan yang perlahan dan mendalam:

  • Duduk atau baring dengan selesa dan luruskan pinggang
  • Tarik nafas panjang, tahan selama 2 saat dan lepaskannya perlahan-lahan
  • Cuba hembuskan nafas keluar perlahan-lahan berbanding ketika menarik nafas dalam
  • Ulangi kaedah di atas sehingga anda rasa tenteram
  • Bila tenang anda tidak perlu menarik nafas panjang tetapi lakukan dengan melepaskan nafas perlahan lahan bagi memastikan ketenangan

Relaksasi Otot. Ketenangan otot digunakan bagi menenangkan badan bila keadaan otot menjadi tegang:

  • Bila anda bernafas, anda telah menegangkan sebahagian otot-otot yang kejang
  • Tahankan otot-otot yang menegang selama 3 saat
  • Lepaskan otot yang kejang dan lepaskan nafas, di waktu yang sama anda akan rasakan kekejangan akan hilang semasa anda melepaskan nafas
  • Ulangi langkah seperti di atas 2-3 kali sehingga anda rasa lebih tenang
  • Dengan menegangkan otot anda akan dapati anda boleh merasai ketegangan dan ketenangan lebih dari apa yang diharapkan

Anda akan mendapat tindak balas ketenangan melalui langkah-langkah berikut:

  • Duduk dengan selesa dan senyap
  • Tutup mata
  • Mulakan dengan menenangkan otot-otot kaki dan otot-otot badan
  • Tumpukan perhatian kepada pernafasan
  • Tarik nafas panjang dan lepaskan perlan-lahan

Bolehkah ubat membantu kita rasa tenang?

Ya, Boleh. Ubat-ubatan khusus boleh membantu anda merasa tenang.
Walau bagaimanapun kemahiran khusus lebih membantu jika ketiadaan ubat. Dapatkan khidmat nasihat doktor anda.

Di mana anda boleh mendapat bantuan?

  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi
  • Pegawai perubatan

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment