Thursday 19 January 2012

Ketegasan


Apakah ketegasan?

Ketegasan ialah mengambil tanggungjawab dan mengawal diri sendiri. Suka berterus terang, bertimbang rasa dan boleh dipercayai. Pada masa yang sama boleh bertolak ansur dan memahami kehendak orang lain.

ketegasan

Siapakah yang dikatakan seorang yang tegas?
Mereka yang tegas ialah:

  • Berfikiran terbuka dan dapat meluahkan perasaan secara berterus terang, jujur dan dengan cara yang bijaksana
  • Tidak mencabul hak asasi orang lain
  • Dapat menghalang orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya
  • Berdiri di atas kebenaran
  • Tidak mengganggu hak orang lain

Apakah kesan jika anda tidak tegas?
Anda akan:

  • Dibuli
  • Rasa bersalah pada diri sendiri
  • Kurang yakin pada diri sendiri
  • Menjadi murung
  • Mengalami perasaan iri hati terhadap orang lain

Bagaimana anda mengatasinya?
Amalkan langkah-langkah berikut:
Belajar:

  • Berterus terang dan bertindak bijak
  • Nyatakan pendirian anda tanpa menyinggung perasaan orang lain
    • Contoh : "Harap maaf, saya tidak merokok"
  • Sentiasa ingatkan ketegasan dalam pemikiran anda

Amalkan untuk bersikap tegas:

  • Di hadapan cermin
  • Terhadap kawan-kawan dan ahli keluarga

Dapatkan maklum balas di atas tindakan anda itu.

Di manakah anda boleh mendapatkan bantuan?
Anda boleh dapatkan nasihat dari:

  • Ibu bapa
  • Keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru-guru agama

ATAU
Dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai-pegawai yang Profesional:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment