Thursday 19 January 2012

Kesedaran Kendiri

Apakah kesedaran kendiri?

Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya.

Kenapa anda perlu ada kesedaran kendiri?
Melalui kesedaran kendiri dapat menjana kefahaman:

  • Siapakah anda?
  • Tabiat anda
  • Keperibadian anda
  • Anda mampu menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang dan persekitaran

Bagaimana untuk mengetahui anda kekurangan pengetahuan mengenai kesedaran kendiri?
Jika anda kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri, anda tidak dapat untuk:

  • Menjelaskan tindakan dan tingkah laku anda
  • Mengenali tabiat anda
  • Memahami peribadi anda
  • Melakukan penyesuaian yang perlu apabila berhadapan dengan orang lain
  • Memberi keprihatinannya kepada persekitaran

Apakah akibatnya jika anda tidak mengambil berat mengenainya?
Tanpa menitik berat tentang kearifan mengenal diri sendiri, anda akan:

  • Menjadi keliru dalam peranan anda sebagai seorang remaja
  • Mempunyai konflik dalam sikap dan tingkah laku anda
  • Menjadi kurang empati dan kurang penyayang
  • Tidak berupaya untuk menampilkan diri anda sepenuhnya
  • Membuat keputusan dan tindakan secara terburu - buru

Apakah yang boleh dilakukan jika didapati anda kekurangannya?
Anda perlu:

  • Mengetahui segalanya mengenai diri anda
  • Mendapat pandangan ikhlas dari kawan-kawan anda dengan cara bertanya soalan
  • Belajar daripada orang lain contoh ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan - kawan
  • Kaji dan fahami kehendak emosi anda
  • Tingkatkan kemahiran mendengar anda, empati dan penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain
  • Berusaha untuk kemajuan dalam apa saja yang anda lakukan

Di mana anda boleh mendapat bantuan?
Anda harus mendapat nasihat daripada:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru agama

ATAU
Dapatkan nasihat profesional daripada:

  • Psikologi
  • Psikiatri

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment