Thursday 19 January 2012

Keterampilan Diri

Apakah maksud keterampilan diri?
Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini termasuklah:

  • Kepercayaan
  • Pemikiran
  • Perasaan

Ini adalah cara bagaimana kita berhubung dengan diri sendiri dan orang lain.
Komponen keterampilan diri termasuk:

  • Penampilan secara fizikal
  • Pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri anda
  • Perasaan harga diri dan keyakinan diri

Mengapa anda perlu mempunyai keterampilan diri yang positif?
Keterampilan diri yang positif membolehkan anda:

  • Mengenal dan menerima bentuk tubuh anda
  • Mempunyai harga diri
  • Berkeyakinan diri

Bagaimana anda tahu jika anda tidak mempunyai keterampilan diri?
Tanpa keterampilan diri yang baik, anda akan menjadi:

  • Malu pada diri anda sendiri
  • Lebih bergantung kepada ibu bapa anda
  • Tidak suka berkawan
  • Takut untuk menjalinkan hubungan
  • Suka merendahkan diri anda sendiri
  • Merosakkan diri sendiri. Contoh: merokok, mengambil ubat dan mengurangkan pengambilan makanan dengan melampau

Apa akan jadi jika anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara ini?
Tidak berbuat apa-apa akan:

  • Memberi kesan ke atas harga diri dan keyakinan diri
  • Merosakkan hubungan sosial anda
  • Menjadikan anda sedih
  • Menjurus ke arah kegagalan anda sebagai orang dewasa

Bagaimana cara anda ingin mempertingkatkannya?
Lakukan yang berikut:

  • Buatkan senarai perkara-perkara yang anda suka dan tidak suka berkenaan dengan diri anda
  • Memperkasakan perkara yang anda lebih suka dan perbaiki perkara yang anda tidak suka
  • Jadikan anda berfikiran positif
  • Amalkan cara hidup sihat
  • Terima kritikan sebagai komen berguna

Di manakah anda perlu mendapat pertolongan?
Anda boleh mendapat nasihat daripada:

  • Ibu bapa anda
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Guru Kaunselor
  • Guru Agama

ATAU
Dapatkan bantuan pakar daripada:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri (perubatan jiwa)

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment