Thursday 19 January 2012

KECELARUAN KONVENSI


Apa itu 'konvensi'?

Ia juga dulu dikenali sebagai histeria.'Konvensi' terjadi apabila seseorang individu hilang kesedaran mengenai keadaan yang sebenar berlaku ke atas dirinya yang bukan disebabkan masalah perubatan dan otak.Ia selalunya dikaitkan dengan faktor psikologi.

Apakah sebab-sebab 'konvensi'?
'Konvensi' adalah disebabkan oleh:

  • Stres
  • Selalu memendam perasaan
  • Kurang kemahiran menangani masalah
  • Suka mencari perhatian

Bagaimanakah anda tahu anda mengalami masalah 'konvensi'?
Ciri-ciri 'konvensi' adalah:

  • Hilang fungsi badan
    • Contoh, kelemahan anggota tangan/kaki, buta atau pekak
  • Tidak menghiraukan kehilangan fungsi badan
  • Sentiasa mencari perhatian
    • Kehilangan fungsi badan bertambah menjadi-jadi apabila di hadapan orang

Bagaimanakah anda boleh membantu seseorang yang mengalami masalah 'konvensi'?
Sila dapatkan bantuan kepakaran.

Apakah akan terjadi jika bantuan tidak diberi?
Individu akan bertambah teruk dan mengalami perkara seperti berikut:

  • Kurang keyakinan diri
  • Merasa rendah diri
  • Tidak mempunyai ramai kawan
  • Susah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru
  • Susah menyelesaikan masalah dalam hidup

Di manakah seseorang boleh mendapatkan bantuan?
Sila dapatkan bantuan dan rawatan lanjut di hospital.

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment