Thursday 19 January 2012

KECEDERAAN GIGI

KECEDERAAN GIGI


injury

Latar belakang
Kecederaan gigi sering berlaku ketika kegiatan sukan lasak atau terjatuh. Kecederaan yang menyebabkan pendarahan, gigi patah atau gigi tercabut perlu mendapat pemeriksaan doktor pergigian. Pengendalian yang betul dan cepat adalah penting untuk mengelak kehilangan awal gigi terutama semasa perkembangan dan tumbesaran remaja.

Siapakah yang berisiko mengalami kecederaan gigi?

Kecederaan gigi lebih kerap berlaku di kalangan :

  • Remaja lelaki
  • Kanak-kanak yang berumur di antara 2 - 4 tahun dan 8 - 10 tahun

Apakah tanda dan gejala gigi tercedera?

Gigi tersebut mungkin :injury

  • Retak
  • Bertukar warna
  • Termasuk lebih jauh ke dalam soket gigi
  • Longgar
  • Patah
  • tercabut atau terkeluar dari soket gigi

injury

injury

Soket gigi kosong

Gigi yang tercabut

Apakah kesan kecederaan gigi?

  • Kecederaan pada gigi susu akan mengganggu pertumbuhan gigi kekal.
  • Kehilangan gigi akan mengakibatkan paras rupa tidak menarik dan hilang fungsi.

Apa yang perlu dilakukan jika gigi kacip kekal tercabut dari soket?

  • TINDAKAN YANG PERLU :
    • Pegang gigi yang tercabut itu pada bahagian korona (bahagian gigi yang kelihatan dalam mulut).
    • Jika gigi itu bersih, masukkannya dengan perlahan pada kedudukan asal.
    • Jika terdapat kekotoran, bilas gigi dengan air yang mengalir.
    • Bila gigi telah berada di kedudukan asal (soket), pastikan anda menggigit sapu tangan atau kain lembut di atasnya supaya gigi tidak berganjak.
    • Jumpa doktor pergigian dengan serta-merta untuk rawatan selanjutnya.
    • Jangan pegang bahagian akar gigi.
    • Jangan berus bahagian permukaan dan akarnya.
    • Jangan guna apa-apa bahan cucian.
    • Jangan balut gigi tersebut dengan kertas tisu atau sapu tangan.
    • Dapatkan rawatan segera dari doktor pergigian.

SEKIRANYA GIGI TERSEBUT TIDAK DAPAT DIMASUKKAN KE KEDUDUKAN ASALNYA DENGAN SEGERA

    • Pegang gigi yang tercabut itu pada bahagian korona dan masukkannya ke dalam bekas bersih berisi susu sejuk (susu segar/ UHT) atau air liur anda, ataupun masukkan ke dalam beg plastik bersih supaya gigi tidak kering.
    • Dapatkan rawatan segera.

Bagaimana untuk mengurangkan risiko kecederaan gigi?
Menggunakan alat pelindung mulut semasa mengambil bahagian dalam aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi dapat mengurangkan risiko kecederaan pada gigi.


alat pelindung mulut

Alat pelindung mulut

Semakan akhir : 27 Mei 2008

No comments:

Post a Comment