Thursday 19 January 2012

Keganasan Remaja

KEGANASAN

Apakah itu keganasan?
Keganasan adalah satu tindakan agresif ketahap dimana :

  • Seseorang itu dicederakan secara fizikal dan mental
  • Kerosakan/kemusnahan harta benda
  • Seseorang atau sesuatu dipukul
  • Seseorang yang mempunyai ' tingkah laku anti sosial' sejak berumur awal remaja (12-15 tahun)

Sebagai remaja, anda mungkin telah terdedah pada pelbagai bentuk keganasan remaja baik di sekolah mahupun dalam laporan media

Keganasan remaja semakin mendapat perhatian dikalangan masyarakat kita. Sebagai contoh :

  • Buli
  • Gangsterisma - berkaitan keganasan
  • Pergaduhan
  • Vandalisma

Mengapa remaja menjadi ganas?

  • Keganasan selalunya berpunca dari perasaan kecewa dan marah
  • Kemarahan ini datangnya dari rasa terancam oleh sesaorang atau sesuatu perkara
  • Adalah normal bagi anda untuk mengatasi ancaman tersebut

Kebanyakan remaja masih belajar bagaimana menangani dan mengatasinya dalam situasi yang berbeza dan kadangkala tidak tahu apa yang harus dilakukan semasa marah.

Sesetengah remaja meluahkan rasa marah dengan melakukan keganasan kerana mereka percaya dengan tindakan itu mereka boleh mencapai yang diinginkan serta melepaskan tekanan dalam diri.

Namun begitu, keganasan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Apakah yang terjadi bila anda menjadi ganas?

  • Keganasan merangsang lagi rasa marah dan anda akan memusnahkan hartabenda di luar kawalan
  • Anda mungkin mencederakan orang lain samada sengaja atau tidak
  • Anda merosakkan dan memusnahkan hartabenda samada sengaja atau tidak
  • Anda juga boleh mencederakan sesetengah haiwan dan merosakkan tanaman harta benda yang berada di laluan anda semasa anda sedang marah

keganasan

Apakah yang terjadi pada diri anda setelah anda menjadi ganas?

  • Anda kehilangan kawan
  • Anda mempunyai ramai musuh
  • Anda berhadapan dengan masalah dengan pihak berkuasa (sekolah, polis)
  • Anda tercedera serta mengalami gangguan mental
  • Anda kehilangan hartabenda akibat kerosakan/kemusnahan yang anda sendiri lakukan
  • Anda merasa bersalah kerana mencederakan orang lain atau merosakkan hartabenda samada sengaja atau tidak
  • Perasaan anda merasa kosong

Mengapa sesetengah remaja lebih ganas dari orang lain?
Remaja yang melakukan keganasan mempunyai ciri-ciri di bawah :

  • Hiperaktif
  • Kurang keupayaan untuk mengawal kelakuan sendiri
  • Kurang kemahiran tumpuan dan perhatian
  • Lemah dalam kemahiran sosial
  • Lemah dalam akademik
  • Terlibat dalam aktiviti yang berisiko tinggi (mengambil dadah,gangsterisma)

Apakah ada faktor risiko yang menyebabkan seseorang remaja ganas?
Ya, remaja ini mempunyai latarbelakang seperti :

  • Keluarga yang kucar-kacir
  • Keluarga yang mempunyai sejarah keganasan
  • Keluarga yang mempunyai konflik keluarga
  • Status ekonomi keluarga yang rendah
  • Penglibatan dalam gangsterisma

Apakah tanda-tanda amaran tentang keganasan remaja?
Tanda-tanda amaran keganasan remaja adalah :

  • Perasaan marah yang diluar kawalan
  • Kelakuan ganas dan agresif
  • Cubaan atau ancaman untuk membunuh diri
  • Membuli kanak-kanak
  • Menjadi mangsa penderaan dan diabaikan
  • Menghadapi masalah displin di sekolah dan komuniti
  • Suka menyendiri
  • Hubungan sosial yang kurang memuaskan
  • Kurang/ tiada pengawasan dari ibubapa mahupun penjaga
  • Pernah merosakkan atau vandalisma yang lalu
  • Terpengaruh dengan keganasan yang dipaparkan di televisyen dan media lain
  • Penglibatan dalam kumpulan-kumpulan gangster

Apakah yang boleh anda lakukan bagi mengawal perasaan ganas dalam diri?

  • Belajar mengawal rasa marah anda dengan cara yang selamat dan positif.
  • Meningkatkan kemahiran sosial ketika berinteraksi dengan :
    • Keluarga
    • Rakan sebaya
    • Para guru
    • Lain-lain
  • Berkawanlah dengan mereka yang boleh membantu anda
  • Bersahabat dengan mereka yang tenang
  • Belajar menangani masalah dengan tenang
  • Belajar menghadapi konflik diri
  • Meningkatkan pengetahuan moral dan rohani
  • Mencontohi role model yang berjaya / berkarisma

Bolehkah anda meminta pertolongan dari sesiapa?
Ya, mintalah pertolongan dari :

  • Rakan-rakan yang boleh dipercayai
  • Ibubapa anda
  • Ahli keluarga yang boleh anda percayai
  • Kaunselor sekolah
  • Doktor anda
  • Ahli psikologi

Semakan akhir : 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment