Thursday 19 January 2012

Karies Gigi

Kerosakan Gigi (Karies Gigi)

Latar belakang
Kerosakan gigi (karies gigi) adalah suatu penyakit di mana gigi menjadi reput. Ia disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam plak. Kerosakan pada permukaan akar gigi adalah masalah yang lebih sering terdapat di kalangan warga emas.

toothdecay

Siapakah yang lebih mudah mendapat kerosakan gigi?
Mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah lebih mudah mendapat kerosakan gigi:

  • mengambil makanan atau minuman manis secara berlebihan
  • gusi yang menyusut (resesi gusi) yang menyebabkan pendedahan akar gigi
  • mulut kering yang mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan atau penyakit
  • kebersihan mulut yang terabai
  • stres

Apakah tanda-tanda kerosakan gigi?
Tanda-tanda kerosakan gigi ialah:

  • gigi berlubang
  • sakit gigi
  • gigi sensitif bila mengambil makanan atau minuman panas/sejuk.
  • makanan mudah terperangkap di dalam atau di celah-celah gigi
  • rasa atau bau yang kurang menyenangkan di dalam mulut.

Gigi yang rosak jika tidak dirawat, mungkin menyebabkan :

  • gusi membengkak
  • gigi terpaksa dicabut
  • hilang selera makan
  • penampilan terjejas

Rawatan untuk gigi rosak
Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian. Anda mungkin memerlukan rawatan:

  • tampalan
  • rawatan salur akar (rawatan endodontik)
  • korona (crown)
  • cabutan

Bagaimana untuk mencegah kerosakan gigi?
Kerosakan gigi dapat dicegah sekiranya anda:

  • Mengurangkan kekerapan makan atau minuman manis antara waktu makan.
  • Memberus gigi menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida
Mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.
Dapatkan nasihat doktor pergigian mengenai cara-cara pencegahan, contohnya varnis fluorida dan bahan kumuran.

No comments:

Post a Comment