Thursday 19 January 2012

Kanser Mulut


Latar belakang

Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan kanser mulut di peringkat awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Kanser mulut sering terjadi di kawasan:

  • lidah
  • lantai mulut
  • bahagian dalam pipi
  • gusi
  • lelangit
  • bibir bawah

c

d

Golongan mana yang berisiko mendapat kanser mulut?
Mereka yang mengamalkan tabiat seperti berikut berisiko mendapat kanser mulut:

  • merokok
  • mengunyah tembakau
  • mengunyah buah pinang (makan sireh) dengan atau tanpa tembakau
  • minum alkohol yang berlebihan
  • terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

Apakah tanda-tanda kanser mulut?
Perhatikan tanda-tanda berikut:

  • ulser dalam mulut yang lambat atau tidak sembuh
  • tompokan putih (leukoplakia) atau merah (erythroplakia)
  • bengkak atau ketumbuhan dalam mulut
  • nafas berbau (halitosis)

Anda juga mungkin mengalami:

  • rasa sakit dalam mulut
  • kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah
  • kebas pada lidah atau dalam mulut
  • Kesukaran untuk membuka mulut

Apa komplikasi kanser mulut?
Sel kanser mulut boleh merebak ke bahagian lain dalam badan (metastasis).

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko kanser mulut?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:

  • tidak merokok
  • tidak minum alkohol
  • tidak mengunyah buah pinang (makan sireh) atau tembakau
  • elakkan pendedahan sinaran matahari yang berlebihan
  • dapatkan pemeriksaan pemeriksaan secara berkala
  • lakukan pemeriksaan mulut sendiri

No comments:

Post a Comment