Thursday 19 January 2012

Ketidakselesaan - Gigi

Apakah yang dimaksudkan dengan karies awal di kalangan kanak-kanak?

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_nbc.jpg

Karies awal di kalangan kanak-kanak ialah kerosakan gigi susu yang berlaku dalam kadar yang cepat yang disebabkan oleh amalan penyusuan yang tidak baik dan diburukkan lagi oleh tabiat pemakanan yang tertentu. Ia juga dikenali dengan nama karies botol susu.

Apakah yang menyebabkan kerosakan gigi anak?
Menghisap susu atau minuman manis secara berterusan terutama semasa tidur adalah penyebab utama kerosakan gigi berlaku.

Semasa tidur, aktiviti menelan air liur akan berkurangan. Ia akan menghalang proses pembersihan cecair dalam mulut. Susu atau minuman manis bertakung di dalam mulut dan ia menggalak pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_nbc2.jpg

Bagaimana anda boleh mengetahui anak anda mengalami kerosakan gigi?
Anak anda mungkin mengalami:

  • sakit gigi atau gusi
  • kerosakan gigi kacip di rahang atas
  • kerosakan gigi geraham di rahang atas dan bawah

Kebiasaannya, kerosakan gigi jarang berlaku pada gigi hadapan rahang bawah.

Apakah masalah berkaitan yang timbul?
Kerosakan gigi yang tidak dirawat akan menyebabkan :

  • sakit gigi
  • bengkak gusi
  • kehilangan gigi

Bagaimanakah gigi yang rosak dirawat?
Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian seawal mungkin untuk mengelak kerosakan gigi yang teruk atau berterusan. Gigi tersebut mungkin perlu dibersihkan dan ditampal atau menjalani lain-lain rawatan yang diperlukan.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi awal di kalangan kanak-kanak?
Langkah yang perlu diambil :

  • Pangku anak anda semasa menyusu botol dan keluarkan botol daripada mulutnya sebaik sahaja dia tidur.
  • Sekiranya anak anda enggan tidur tanpa botol di dalam mulutnya, isikan botol dengan air masak kosong.
  • Bersihkan mulut anak selepas memberi makan atau minum dengan tuala bersih yang basah. Jadikan kebiasaan untuk memberus gigi nya dua kali sehari apabila lebih banyak gigi tumbuh.
  • Elakkan memberi minuman yang manis atau mencampur gula ke dalam minuman botol anak anda.
  • Usahakan agar anak anda tidak lagi mengguna botol susu apabila sudah berumur 1 tahun. Latih anak anda minum susu dengan mengguna cawan.
  • Bawa anak anda ke klinik seawal mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian.

Sakit Gigi

Apa itu sakit gigi? Sakit gigi
Sakit gigi sering dialami oleh mereka yang mengabaikan penjagaan kesihatan pergigian. Ia sering merupakan penyebab utama mengapa seseorang itu berjumpa doktor pergigian.

Sakit gigi biasanya disebabkan oleh:

  • kerosakan gigi


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_toothache3.jpg

  • penyakit gusi


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_toothache4.jpg

Apakah tanda yang menunjukkan anak anda sakit gigi?
Anak anda mungkin mengalami:

  • kesakitan pada gigi atau gusi
  • kesukaran untuk mengunyah makanan
  • kesukaran untuk tidur
  • kebengkakan di bahagian gusi atau pipi

Apakah komplikasi sakit gigi?
Sakit gigi boleh mengakibatkan perkara berikut:

  • Gigi yang sakit mungkin perlu dicabut. Kehilangan awal gigi, akan menyebabkan kepada masalah gigi yang lain; contohnya susunan gigi yang tidak teratur.
  • Bengkak yang besar menyukarkan untuk membuka mulut, bernafas dan mengunyah makanan.
  • Anak anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
  • Pengalaman ini mungkin menjadi pengalaman yang menakutkan atau trauma kepada anak anda.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
Beri ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit gigi dan bawa anak berjumpa doktor pergigian sebelum masalah menjadi lebih teruk.

Bagaimana anda boleh membantu mencegah sakit gigi?
Sakit gigi boleh dicegah melalui penjagaan kesihatan gigi yang baik. Pastikan anak anda:

  • Memberus gigi dengan berkesan setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur.
  • Makan secara sihat. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.

Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta)

Latar belakang

Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Ulser Mulut
Ulser dalam mulut

Mengapa ulser afta terjadi?
Ulser afta sering dikaitkan dengan:

  • kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
  • daya tahan badan yang lemah
  • bakteria
  • faktor keturunan
  • sebab-sebab yang tidak diketahui

Apakah ciri-ciri ulser afta?
Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Peringatan:
Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.

Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.

Bagaimana menangani ulser mulut
Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;

  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
    • jaga kebersihan gigi
    • amalkan makan secara sihat
    • pemeriksaan pergigian secara berkala
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
  • Sapukan krim atau gel penahan sakit.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanak-kanak.

Kecederaan Gigi

Latar belakang

Kecederaan gigi sering berlaku akibat daripada kegiatan sukan lasak atau terjatuh. Kecederaan yang menyebabkan pendarahan, gigi patah atau gigi tercabut perlu mendapat pemeriksaan doktor pergigian.

Pengendalian yang betul dan cepat adalah penting untuk mengelak kehilangan awal gigi terutama semasa perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Siapakah yang berisiko mengalami kecederaan gigi?

Kecederaan gigi lebih kerap berlaku di kalangan;

  • kanak-kanak lelaki
  • kanak-kanak yang berumur di antara 2 - 4 tahun dan 8 - 10 tahun

Apakah tanda dan gejala kecederaan gigi?

Gigi tersebut mungkin:

  • retak
  • bertukar warna
  • termasuk lebih jauh ke dalam soket gigi
  • longgar
  • patah
  • tercabut atau terkeluar dari soket gigi

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_injurytoteeth2.jpg
Gigi longgar kerana terjatuh

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_injury1.jpg
Gigi kacip patah

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_injurytoteeth3.jpg
Gigi tercabut

Apakah kesan kecederaan gigi?

  • Kecederaan pada gigi susu akan mengganggu pertumbuhan gigi kekal.
  • Kehilangan gigi akan mengakibatkan paras rupa tidak menarik dan hilang fungsi.

Apa yang perlu dilakukan jika gigi kacip kekal tercabut dari soket?

TINDAKAN YANG PERLU:

  • Pegang gigi yang tercabut itu pada bahagian korona (bahagian gigi yang kelihatan dalam mulut)
  • Jika gigi itu bersih, masukkannya dengan perlahan pada kedudukan asal.
  • Jika terdapat kekotoran, bilas gigi dengan air yang mengalir
  • Bila gigi telah berada di kedudukan asal (soket), pastikan anak anda menggigit sapu tangan atau kain lembut di atasnya supaya gigi tidak berganjak.
  • Bawa anak anda berjumpa doktor pergigian dengan serta-merta untuk rawatan selanjutnya.
  • Jangan pegang bahagian akar gigi.
  • Jangan berus bahagian permukaan dan akarnya.
  • Jangan guna apa-apa bahan cucian.
  • Jangan balut gigi tersebut dengan kertas tisu atau sapu tangan.
  • Dapatkan rawatan segera dari doktor pergigian.

SEKIIRANYA GIGI TERSEBUT TIDAK DAPAT DIMASUKKAN KE KEDUDUKAN ASALNYA DENGAN SEGERA;

  • Pegang gigi yang tercabut itu pada bahagian korona dan masukkannya ke dalam bekas bersih berisi susu sejuk (susu segar/ UHT) atau air liur anak anda, ataupun masukkan ke dalam beg plastik bersih supaya gigi tidak kering.
  • Dapatkan rawatan segera dari doktor pergigian.

Bagaimana untuk mengelakkan risiko kecederaan gigi?

Menggunakan alat pelindung mulut semasa mengambil bahagian dalam aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi dapat mengurangkan risiko kecederaan pada gigi.

Alat pelindung mulut
Alat pelindung mulut

No comments:

Post a Comment