
Latar belakang Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun.  |                          
  |                        
Bilakah tabiat menghisap ibu jari  menjadi satu masalah?
                   Menghisap  ibu jari akan menjadi satu masalah JIKA tabiat ini berterusan sehingga gigi  kacip kekal tumbuh.
Apakah kesan menghisap ibu jari?
                   Tabiat  menghisap ibu jari yang berterusan boleh menyebabkan : 
   |                          ![]()  |                        |
| Gigi jongang | Masalah gigitan | 
Gigitan terbuka - gigi kacip di rahang atas dan bawah tidak rapat
Bagaimana tabiat ini boleh  dihentikan?
                 Berikut  ialah antara petua untuk membantu anak anda berhenti menghisap ibu jari.
- Balut ibu jari.
 - Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
 - Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
 - Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
 - Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. contoh: alat permainan
 - Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
 
 

No comments:
Post a Comment