Thursday 19 January 2012

Jangkitan Telinga

Pengenalan
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.
Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:
  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Otitis externa

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?
  • Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
  • Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Pembesaran adenoids
  • Sumbing bibir
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?
Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:
  • Kesakitan dalam telinga
  • Resah dan mudah meradang
  • Tidur yang selalu terganggu
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga
  • Nanah keluar dari telinga
  • Kurang selera makan
  • Lelehan hidung
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan
Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?
Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung. Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.

Acute otitis media

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?
Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :
  • Telinga bernanah yang kronik
  • Kurang pendengaran
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?
Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga. Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:
  • Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
  • Ubat demam
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
Ya, langkah yang baik ialah :
1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Penggunaan puting
  • Penyusuan susu botol semasa baring
  • Alahan yang diketahui
Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?
Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hi..i just nk share..i risau sgt2..anak i kena jangkitan kulat dalam telinga...bnyk sgt2 kulat dalam telinga dia..i sendiri tgk..doc ckp kulat tu hidup so xbole cuci..hmmm...kena tunggu kulat tu mati br bole cuci...i tanyer doc pendengaran dia mcm mn..doc ckp dia xtau sbb gegendang telinga dia xnmpk sbb kulat penuh sampai tutup gegendang telinga dia...

    ReplyDelete
  3. anak saya sedang mengalami teliga bernanah ni dr usianya 1 thn hingga sekarang...aka baik sendiri tp kali ni nmpaknya agak lama..

    tq dgn info ni..

    ReplyDelete
  4. Bw jumpa pakar bahaya kes mcm ni..suami saya smpai terpaksa di bedah buang kawasan yg di mkn baktria.. Langsung tak tau ada jangkitan dlm telinga. .benda tu dah duduk dlm telinga lebih 10 tahun.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana teknik ‘ear weaking' di lakukan. Boleh terangkan

    ReplyDelete