Thursday 19 January 2012

Jangkitan Saluran Kencing

Pengenalan : jangkitan di salur kencing.

Jangkitan salur kencing (UTI) adalah jangkitan di pundi kencing atau buah pinggang (ginjal) selalunya disebabkan oleh bakteria. Lebih kurang 3 % kanak-kanak perempuan dan 1 % kanak-kanak lelaki mengalami jangkitan salur kencing sehingga berumur 11 tahun. Ada di antara kanak-kanak mempunyai buah pinggang yang tidak normal atau pundi kencing yang mana menyebabkan mereka sering mengalami jangkitan salur kencing. Penting untuk merawat dan mencegah jangkitan salur kencing pada kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang yang kekal. Bila kita harus mengesyaki kanak-kanak mengalami jangkitan salur kencing.

Tanda-tanda dan gejala :-

  • Demam (bila tidak ada tanda-tanda yang nyata punca kepada demam).
  • Muntah
  • Menangis apabila anak buang air kencing
  • Kerapkali ke bilik air
  • Air kencing keruh dan berbau kuat
  • Sakit di perut dan sakit belakang
  • Darah dalam air kencing
  • Pembesaran terganggu.

Kenapa jangkitan salur kencing itu bahaya ?
Komplikasi mungkin terjadi termasuk :-

  • parut di buah pinggang akan terbentuk terutama pada keadaan berikut:
    1. Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun
    2. Lewat mendapat rawatan untuk jangkitan salur kencing
    3. Kerapkali mendapat jangkitan salur kencing
    4. Keabnormalan di salur kencing
  • Tekanan darah tinggi - jika terdapat parut di buah pinggang.
  • Keggalan buah pinggang yang memerlukan dialisis (cuci darah)

Bagaimana merawat Jangkitan salur kencing ?

  • Berikan Antibiotik segera.
  • Kanak-kanak yang disahkan mengalami jangkitan salur kencing perlu di periksa oleh pakar pediatrik. Mereka akan memutuskan samada kanak-kanak itu perlu pemeriksaan lanjut (ultrasound atau x-ray) untuk mengesan keabnormalan di salur air kencing.
  • Anda mungkin perlu memberi antibiotik pada anak anda di waktu malam dalam tempoh masa tertentu untuk mengelakkan jangkitan salur kencing. Jangan hentikan sehingga diarahkan oleh doktor.

Bagaimana cara mencegah jangkitan salur kencing berulang ?

  • Elakkan sembelit. Jika tidak risiko untuk mendapat jangkitan salur kencing meningkat. Beri anak anda makanan tinggi serat,( lebih sayuran dan buah-buahan )
  • Galakkan anak anda minum air yang banyak dan kosongkan pundit kencing kerapkali ( setiap 2 – 3 jam)
  • Pakaikan seluar dalam yang longgar dari kain kapas.
  • Pastikan anak anda mengambil ubatan pada setiap malam sekiranya diarahkan oleh doktor.
  • Jumpa doktor segera sekiranya mengalami gejala jangkitan salur kencing seperti di atas untuk mendapat rawatan.

No comments:

Post a Comment