Thursday 19 January 2012

Jangkitan Virus Interoviral Pada Kanak-kanak

Pengenalan
Virus entero terdiri dari kumpulan virus kecil yang dibina oleh asid ribonuklik (RNA) dan protein.Ia terkandung dalam kumpulan virus polio (1,2&3) dan virus bukan polio seperti virus Coxsackie A & B, Echovirus dan Enterovirus.Boleh terus hidup pada suhu bilik dan dalam sekitaran asidik dalam perut manusia.Ia mampu merebak dan menyebabkan jangkitan pada manusia.

Jangkitan virus entero pada kanak-kanak tidak mengenal lelaki ataupun perempuan.Ianya sering berlaku dalam keadaan persekitaran yang sempit atau padat.

Ia merebak melalui lubang dubur ke mulut ataupun dari mulut ke mulut.Ianya boleh dijumpai dalam najis pesakit dan rembasan air liur ,kahak dan hingus.Jangkitan boleh berlaku sewaktu penukaran kain lampin kanak-kanak.

Tanda dan gejala
Kebanyakan manusia yang dijangkiti tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan.Namun begitu tanda-tanda akan kelihatan dalam masa 2-5 hari selepas terdedah atau termakan makanan yang tercemar. Jangkitan enterovirus mungkin berlaku dengan gejala selsema ringan seperti demam,sakit otot atau ruam.

Penyakit tangan ,kaki dan mulut (biasanya disebabkan oleh Coxsackie virus A16 ,Enterovirus 71) menunjukkkan gejala demam,pecah mulut,ruam dengan lecuran di tangan ,kaki dan punggung dan kurang selera makan.Ia biasanya penyakit ringan dan pesakit sembuh dalam masa 7-10 hari.Ruam akan sembuh dengan atau tanpa rawatan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P8T13_Sores.jpg
Sakit di dalam mulut
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P8T13_Rashes.jpg
Ruam dan lepuh pada tangan

Jarang sekali jangkitan enterovirus menunjukkan tanda meningitis dan myokarditis.jangkitan polio virus akan menunjukkan tanda-tanda poliomyelitis.

Komplikasi
Jangkitan enterovirus(berlaku pada kanak-kanak) adalah ringan dan biasanya mudah sembuh.Walau bagaimanapun, ia mungkin teruk bagi bayi. Komplikasi mungkin dilihat termasuk:

  • Paralisis,meningitis dan encephalitis
  • Radang jantung dan kegagalan jantung
  • Bayi yang lahir daripada ibu yang mengidap penyakit enterovirus semasa bersalin mungkin mewarisi jangkitan itu dan mempunyai risiko untuk mengidap jangkitan yang sangat teruk.
  • Gejala-gejala yang menunjukkan penyakit yang teruk pada kanak-kanak meliputi cepat marah,kembung perut,muntah yang berulang,sawan ,kesukaran bernafas,berpeluh dan gay berjalan yang tidak seimbang.

Rawatan
Tiada rawatan ubat anti virus yang khusus didapati untuk jangkitan enterovirus ini.rawatan hanyalah rawatan bantuan.

Jika seoramg kanak-kanak itu dikhuatiri menghidapi jangkitan enterovirus (seperti kaki ,tangan dan mulut) dan mempunyai gejala-gejala komplikasi. Pesakit-pesakit tersebut perlu berjumpa doktor untuk rawatan dengan segera.

Pencegahan

  • Amalan menjaga kebersihan dan kerap membasuh tangan
  • Kebersihan boleh dicapai dengan mencuci permukaan/ alat yang kotor, menggunakan air dan sabun diikuti dengan larutan disinfeksi (larutan bancuhan antara suku cawan klorin dan satu gelen air)
  • Jika penyakit kaki tangan dan mulut berlaku, pastikan ahli keluarga anda mengamalkan teknik membasuh tangan dengan betul terutama keluar dari tandas ataupun selepas menukar lampin.
  • Disinfeksi dan cuci dengan betul semua peralatan atau permukaan yang kotor dengan larutan klorin.
  • Jauhi tempat-tempat awam

Immunisasi untuk virus polio digunakan untuk semua kanak-kanak dan bayi. Pada masa kini, tiada vaksin ditemui untuk virus bukan polio.

No comments:

Post a Comment