Thursday 19 January 2012

Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Saluran kencing anda terdiri dari:

  • Buah pinggang
  • Ureter
  • Pundi kencing
  • Uretra

jangkitan saluran kencing

Apakah jangkitan saluran kencing?

Apabila kuman (bakteria) menyerang saluran kencing, ia dikenali sebagai UTI.

Apakah kuman biasa yang menyebabkan UTI?

Escherichia Coli biasanya terdapat di saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling kemaluan.

Adakah lelaki boleh mendapat jangkitan saluran kencing?

Ada juga lelaki yang dijangkiti jangkitan saluran kencing tetapi jarang jika dibandingkan dengan kaum wanita. Jika lelaki mendapat jangkitan salur kencing, mereka mungkin mempunyai struktur dan fungsi yang abnormal di sistem saluran kencing mereka.

Kenapa jangkitan saluran kencing lebih kerap berlaku di kalangan kaum perempuan?
Uretra pada perempuan adalah pendek. Lubang uretra terletak bersebelahan dengan dubur dan lubang kelamin.

Apakah tempat yang biasa dijangkiti?

Pundi kencing adalah tempat yang biasa dijangkiti. Jangkitan pada pundi kencing dikenali sebagai "cystitis".

Bagaimanakah cara kuman memasuki pundi kencing?

Pencemaran bakteria mungkin berlaku di kalangan perempuan semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj (vagina) mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin.

Apakah gejala yang biasa UTI?

  • Kencing dengan kerap
  • Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
  • Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
  • Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
  • Kencing berdarah atau kencing yang berbau
  • Demam sederhana

Apakah gejala yang menunjukkan jangkitan sudah melintasi pundi kencing?

  • Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
  • Loya dan muntah
  • Sakit di bahagian belakang pinggang

Apakah patut anda buat jika anda rasa anda menghidap UTI?
Anda patut mendapat rawatan doktor segera kerana:

  • Gejala anda tidak akan baik jika tidak mendapat rawatan
  • Jangkitan boleh merebak dan merosakkan buah pinggang

Apakah rawatan untuk UTI?

Anda akan diberi ubat antibiotik untuk membunuh kuman. Adalah penting untuk anda menghabiskan rawatan antibiotik seperti yang diarahkan oleh doktor.

Bagaimana anda boleh mencegah UTI?


tampon
Tampon
  • Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda
  • Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air
  • Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa anda datang haid
  • Pergi ke tandas setiap kali anda rasa hendak membuang air
  • Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon
  • Jangan gunakan spray kebersihan wanita atau 'douche' kerana produk ini boleh merengsakan uretra.

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment