Thursday 19 January 2012

Jangkitan Chlamydia

Apakah jangkitan Chlamydia?

  • Ia merupakan sejenis penyakit kelamin yang paling kerap dialami
  • Ia disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis.
  • Bakteria ini merebak melalui hubungan seks atau sentuhan oral-genital
  • Ia juga boleh merebak melalui ibu kepada bayi semasa proses kelahiran

Bagaimana anda tahu anda dijangkiti Chlamydia ?

Anda mungkin tidak sedar bahawa anda telah dijangkiti kerana tidak mengalami sebarang tanda/gejala.

Apabila dijangkiti, tanda/gejala mungkin timbul selepas 1 hingga 3 minggu kemudian.

Tanda/gejala jangkitan Chlamydia termasuk :

  • Mengeluarkan lelehan dari vagina dan saluran kencing
  • Sakit semasa kencing
  • Bagi wanita, sakit dibahagian bawah abdomen
  • Bagi wanita, sakit semasa hubungan seks
  • Pendarahan antara kitaran haid
  • Bengkak dibahagian buah zakar bagi lelaki
  • Demam serta sakit kepala dan sakit badan
  • Jangkitan mata, jika lelehan badan tersentuh pada mata

Jika tidak dirawati:

  • Bagi wanita, ia akan menyebabkan penyakit radangan pelvik yang akan mengakibatkan kemandulan.
  • Bagi lelaki, ia boleh menyebabkan radang pada saluran kencing dan epididimis.
  • Jangkitan mungkin merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.
  • Jangkitan pada bayi boleh mengakibatkan radang paru-paru dan radang mata (conjunctivitis).

Bagaimana penyakit Chlamydia dirawat?
Jika anda mengesyaki anda dijangkiti Chlamydia, dapatkan rawatan doktor :

  • Doktor akan memeriksa anda dan mengambil lelehan dari vagina atau penis untuk dianalisa.
  • Jika positif, doktor akan memberi antibiotik secara oral selama seminggu.

Bagaimana penyakit Chlamydia dicegah?

Chlamydia dapat dicegah melalui :

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.

Semakan akhir : 15 September 2006

No comments:

Post a Comment