Thursday 19 January 2012

Jangkitan Seksual (STI)

Apakah Jangkitan Seksual(STIs)?

Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang.

Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan.

Bagaimana anda mendapat STIs?

Anda boleh mendapat STIs dari mereka yang dijangkiti melalui :

  • Perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah pencegahan samada melalui vagina, dubur atau seks oral
  • Ciuman
  • Menyentuh kawasan yang dijangkiti
  • Berkongsi jarum (AIDS dan Hepatitis B)

Bagaimana anda melindungi diri anda?

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari perhubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan perhubungan seks, amalkan perhubungan seks yang selamat.
    • Taat pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan STI's, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.

Apakah tanda dan gejala STIs?

Wanita mengalami gejala jangkitan yang lebih kerap dan teruk. Ini termasuklah :

  • Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
  • Sakit semasa kencing
  • Ulser di mulut atau alat kelamin
  • Gatal pada kawasan kemaluan
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Bengkak pada pangkal peha
  • Kulit yang berkutil atau berketuat

Bukan semua jangkitan di bahagian alat kelamin disebabkan oleh STIs (contohnya : jangkitan kulat candidiasis di vagina).

Apakah jenis STIs yang biasa berlaku?
Berikut adalah jenis-jenis STIs yang biasa berlaku :

  • Human Immunodeficiency Virus / Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)
  • Chlamydia
  • Gonorea
  • Herpes Genital
  • Sifilis
  • Ketuat Genital
  • Pediculosis pubis (lice atau "kutu" di kawasan seksual)
  • Hepatitis
  • Human Papilloma Viruses (HPVs)

genital herpes
Jangkitan herpes di mulut

Bolehkah anda pulih dari STIs?
Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat STIs.

Hanya STIs akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya.

STIs akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selamanya. Contohnya : AIDS, Herpes dan Human Papilloma Viruses.

Mereka yang aktif dalam perhubungan seks, perlu membuat pemeriksaan doktor secara berkala supaya penyakit STIs dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

Jika anda mengidap STIs adalah penting untuk memberitahu pasangan anda supaya beliau juga boleh mendapat rawatan.

Apakah komplikasi STIs?
STIs boleh mengakibatkan :

  • Penyakit Radangan Pelvik (PID)
  • Kemandulan
  • Kandungan di luar rahim
  • Kanser servik
  • Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran
  • Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir
  • Kematian, contohnya : AIDS

Semakan akhir : 19 Julai 2006

No comments:

Post a Comment