Thursday 19 January 2012

BISUL


Pengenalan
Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.

Apa Itu Bisul?
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Apa Penyebab Bisul?

Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul?
Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :

  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
  • Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
  • Atopy (alahan)
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
  • Sistem imuniti badan yang lemah seperti pembawa HIV
  • Kurang zat makanan
  • Pesakit diabetis.

Apakah Tanda-tanda dan Gejala Bisul?
Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:

  • Nanah di bahagian tengah bisul
  • Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut
  • Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti
  • Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.

Bagaimanakah Mendiagnosa Bisul?
Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.

Bagaimanakah Merawat Bisul?
Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.

Rawatan termasuk :

  • Anti-biotik yang bersesuaian (semasa)
  • Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah
  • Pemberian ubatananti-biotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya
  • Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah

Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.

Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah?

  • Menjaga kebersihan diri dengan baik
  • Pastikan kulit sentiasa bersih
  • Basuh tangan sebelum menyentuh muka
  • Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian

Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah

Prognosis (Harapan Untuk Sembuh)
Harapan untuk sembuh bagi bisul adalah baik.

No comments:

Post a Comment