Thursday 19 January 2012

Bayi Besar Dari Usia Kandungan (LGA)

Besar Dari Usia Kandungan (LGA)

Apakah itu bayi besar dari usia kandungan?

Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal. Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai

  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan - sila lihat gambarajah.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.

besar dari usia kandungan

Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan?
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :

  • Keturunan - ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.

Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan?
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

  • Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.

Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?

  • Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
  • Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir. Ini termasuk pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb's palsy - yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
  • Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.

Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat?
Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi.
Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu

  • Diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
  • Memeriksa kandungan gula dalam darah.
  • Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.

Sesetengah bayi mungkin perlu di masukkan ke wad neonat untuk:

  • Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang di beri ke dalam salur darah)
  • Sokongan pernafasan.
  • Penukaran darah
  • Fototerapi
  • Fisioterapi

Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :

  • Memantau kesihatan ibu-ibu.
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi oleh ibu-ibu - contoh : kencing manis.
  • Memantau pertumbesaran bayi.
  • Periksa sebarang kecacatan bayi semasa di dalam kandungan.
  • Rancang kelahiran yang selamat.

Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.

Pemulihan
Bayi-bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir perlu terapi yang khusus.
Contohnya: fisioterapi adalah perlu kepada bayi dengan kelumpuhan Erb's.

No comments:

Post a Comment