Thursday 19 January 2012

Bunuh diri dan cubaan membunuh diri

Bunuh diri dan cubaan membunuh diri

Pengenalan
Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan riwayat /nyawa. Apabila perbuatan itu gagal, ianya dipanggil cubaan membunuh diri. Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara bangsa dan budaya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.

Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.

Bagaimana mengenal pasti seseorang yang berisiko membunuh diri?
Semua percubaan membunuh diri perlu diberi perhatian!

  • Seseorang yang bercakap tentang idea atau hasrat untuk membunuh diri.
  • Seseorang yang pernah mencuba membunuh diri.
  • Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga bunuh diri.
  • Mempunyai tanda-tanda kemurungan seperti tidak mempunyai harapan
  • Penyalahgunaan dadah
  • Seseorang membuat rancangan untuk membunuh diri seperti mula mengagihkan harta dan menulis 'suicide note'

Komplikasi
Mereka yang membuat cubaan membunuh diri akan meninggalkan kesan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia mungkin menimbulkan perasaan bersalah dan marah. Ia boleh mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan, penyakit mental yang teruk seperti kemurungan dan penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Rawatan
Bagaimanakah anda dapat membantu diri sekiranya anda mengalami perasaan ingin membunuh diri?

  • Belajar cara kemahiran pengurusan diri seperti menetapkan keutamaan.
  • Simpan ubatan di tempat yang susah di capai sekiranya anda berniat untuk mengambil dos yang berlebihan.
  • Berbicara dengan mereka yang boleh dipercayai.
  • Bergaul dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan
  • Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda.
  • Dapatkan bantuan kaunseling melalui telefon
  • Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya

Bagaimana anda boleh membantu seseorang yang ingin membunuh diri?

  • Ambil berat/serius luahan/aduan
  • Jangan mengkritik
  • Jangan berjanji tentang kerahsiaan
  • Dapatkan bantuan profesional
  • Pelajari tanda-tanda awal
  • Jangan mencabar mereka untuk membunuh diri
  • Berikan alternatif lain untuk mengatasi masalah
  • Dapatkan bantuan anggota kesihatan, doktor atau pakar.

Rehabilitasi
Belajar teknik menangani stres

Kumpulan sokongan
THE BEFRIENDERS

No comments:

Post a Comment