Friday 20 January 2012

Ubat Melalui Kaunter (UBAT 'Over-the-counter' - 'OTC')


Pengenalan

Apakah ubat OTC?
Ubat OTC adalah ubat berdaftar yang boleh diperolehi 'tanpa preskripsi' dan boleh didapati di kaunter farmasi tanpa preskripsi doktor yang termasuk Ubat Tidak Terkawal, atau ubat yang boleh diperolehi di kaunter mana-mana farmasi. Di samping itu, ubat yang mengandungi bahan yang dikawal melalui Akta Racun 1951 (dan disebut Ubat Terkawal) tetapi boleh diperolehi selepas merujuk kepada ahli farmasi, adalah ubat OTC juga.

Mengapakah sesuatu ubat diklasifikasikan sebagai ubat 'OTC'?
Ini kerana ubat OTC mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Memberi lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
  • Mempunyai potensi rendah untuk disalahgunakan.
  • Selamat digunakan untuk pengubatan kendiri
  • Perlu mempunyai label yang lengkap

Di manakah ubat OTC boleh didapati?

  • Semua kedai farmasi
  • Pasaraya-pasaraya tertentu (jenis ubat yang terhad sahaja)

Apakah maklumat yang patut diketahui sewaktu membeli ubat OTC?

  • Dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin mengenai ubat itu.
  • Soalan yang perlu ditanya:
    • Apakah nama ubat itu?
    • Apakah tujuan ubat itu diambil?
    • Apakah status pendaftaran ubat itu?
    • Bagaimanakah ubat itu diambil?
    • Berapa banyakkah kuantiti ubat itu yang perlu diambil?
    • Berapa kerapkah penggunaan / pengambilannya dalam sehari?
    • Berapakah lamakah ubat itu perlu diambil?
    • Apakah kesan sampingan ubat itu?
    • Apakah kemungkinannya ia berinteraksi dengan ubat lain, makanan atau penyakit?
    • Bagaimanakah cara penyimpanan ubat itu?
  • Berhenti mengambil ubat tersebut sekiranya anda mengalami kesan buruk ubat dan laporkan kepada pegawai farmasi.
  • Dapatkan nasihat pegawai farmasi sekiranya bercadang membeli ubat OTC yang mengandungi bahan terkawal.
  • Sesetengah ubat OTC tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi. Rujuk kepada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum menggunakannya.

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya sesuatu ubat itu berdaftar atau tidak?

  • Ubat berdaftar pada kebiasaannya mempunyai nombor yang bermula dengan dengan MAL XXXXXXXX dan berakhir dengan salah satu daripada kod produk seperti berikut. Ianya boleh didapati pada bungkusan atau label itu.
Kod Produk:

A: Ubat Terkawal

X: Ubat Tidak Terkawal
T: Ubat Tradisional
K: Kosmetik
C: Pengilang Kontrak
E: Untuk Eksport
R: Dibungkus semula
S: Sumber Kedua

Jika ada kemusykilan tentang status pendaftaran sesuatu ubat, semak dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) atau semak laman web BPFK di www.bpfk.gov.my

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengambil ubat 'OTC'

  • Kesan sampingan masih boleh berlaku meskipun ianya selamat untuk pengubatan kendiri
  • Beritahulah doktor atau ahli farmasi jika anda mengambil ubat 'OTC'

Bilakah anda perlu berjumpa doktor?

  • Apabila pengubatan kendiri tidak memberikan kesan yang lebih baik atau keadaan anda menjadi lebih teruk.
  • Apabila anda mengalami reaksi luar biasa.

Ubat OTC yang sering digunakan


Ubat OTC biasa digunakan untuk

Tindakan

Kesan sampingan

Masalah perut

  • Perut tidak selesa (kembung, pedih ulu hati)
  • Antasid (contohnya produk yang mengandungi magnesium trisilikat, natrium bikarbonat dan aluminium hidroksida)

  • Melegakan ketidakselesaan perut

  • Sembelit atau cirit birit
  • Kurang berkesan sekiranya diambil dengan susu

Batuk
Antihistamin

  • (contohnya difenhidramin)

Ekspektoran

  • (contohnya guaifenensin)

Antitussive / penyekat batuk

  • (contohnya dekstrometorfan)

  • Menyekat tindakan batuk.

  • Mencairkan kahak supaya dapat dikeluarkan melalui batuk.

  • Mengurangkan kekeringan tekak dan kekerapan batuk.

  • Kebanyakan antihistamin boleh menyebabkan mengantuk.

  • Elakkan memandu atau mengendalikan jentera.

Selsema
Antihistamin

  • (contohnya klorfeniramin)

Dekongesten

  • (contohya pseudoefedrin)

  • Mengurangkan bersin dan mengeringkan hingus.

  • Mengurangkan bengkak hidung dan melegakan hidung tersumbat

  • Kebanyakan antihistamin boleh menyebabkan mengantuk.

  • Boleh menyebabkan kerisauan dan pening.

Kesan-kesan alahan
Antihistamin

  • (contohnya klorfeniramin)

  • Mengurangkan bersin, gatal dan radang akibat alahan.

  • Penggunaan ubat titis hidung atau ubat sembur yang berpanjangan boleh menyebabkan kesesakan hidung yang berpanjangan. Hadkan penggunaan selama 7 hari sahaja.
  • Kebanyakan antihistamin boleh menyebabkan mengantuk.
  • Elakkan memandu atau mengendalikan jentera.

Demam dan sakit badan
Analgesik

  • (contohnya parasetamol)

  • Mengurangkan suhu badan semasa demam.
  • Melegakan sakit otot.
  • Melegakan sakit kepala.

  • Biasanya tiada kesan sampingan jika diambil mengikut dos yang diarahkan.
  • Pastikan membaca label dengan teliti untuk mengelakkan dos yang berlebihan kerana banyak ubat OTC mengandungi parasetamol.

Loya dan muntah
Antihistamin

  • (contohnya buklizin, prometazin)

  • Melegakan gejala loya dan muntah serta mengelakkan mabuk semasa perjalanan

  • Mengantuk.
  • Elakkan memandu atau mengendalikan jentera.

Keadaan kulit

  • Antihistamin
    (contohnya klorfeniramin)
  • Sensitif pada cahaya matahari
    (contohnya Sunscreen)
  • Antikuman
    (contohnya benzoyl peroksida, asid salisilik)

  • Melegakan gatal dan iritasi kulit
  • Melindungi kulit dari kesan cahaya matahari
  • Untuk memusnahkan kuman

  • Mengantuk
  • Biasanya tidak memberikan kesan sampingan jika digunakan mengikut sukatan yang dicadangkan
  • Ia digunakan secara topikal (ubat sapu). Biasanya tidak memberikan kesan sampingan jika digunakan mengikut sukatan yang dicadangkan

Rujukan

No comments:

Post a Comment