Friday 20 January 2012

Penggunaan Ubat-ubatan yang Selamat Dikalangan Kanak-kanak


Pengenalan
Ubat-ubatan adalah bahan yang digunakan untuk merawat atau mengelak penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan. Kesilapan dalam menggunakan ubat-ubatan boleh memudaratkan tubuh. Oleh yang demikian amatlah mustahak bagi anda mengikuti arahan yang diberikan oleh anggota kesihatan dengan betul. Kita juga harus tahu maklumat asas berkaitan ubat yang diambil.

Apakah kategori ubat-ubatan?
Terdapat 2 kumpulan besar ubat-ubatan:

  1. Ubat yang diperolehi melalui preskripsi doktor
  2. Ubat-ubatan "Over-the-counter" (OTC) ataupun diperolehi tanpa preskripsi doktor

Kedua-dua kategori ubat-ubatan tersebut hendaklah digunakan dengan berhati-hati.

Apakah yang perlu ditanya pada ahli farmasi atau doktor anda mengenai ubat?

  • Apakah nama ubat tersebut?
  • Apakah kegunaannya?
  • Berapa banyak dan berapa kerap anak anda memerlukannya?
  • Berapa lamakah anak anda perlu mengambilnya?
  • Apakah kesan sampingan yang mungkin terjadi?
  • Bagaimana jika anak anda tertinggal satu dos?
  • Ada masalahkah jika anak anda mengambil ubat-ubat lain?
  • Berapa lamakah sesuatu ubat itu memberikan kesan?

Perkara perlu

  • Membaca keseluruhan label atau arahan bertulis yang diberikan oleh ahli farmasi.
  • Memahami arahan yang diberikan. Untuk keterangan lanjut, anda boleh telefon atau berjumpa sendiri dengan ahli farmasi atau doktor.
  • Berikankan ubat kepada anak anda mengikut arahan yang betul.
  • Memastikan anda mempunyai bekalan ubat yang cukup untuk anak anda sebelum temu janji berikutnya (jika ubat itu digunakan untuk tempoh yang lama)
  • Habiskan ubat yang diberikan untuk anak anda kecuali jika diarahkan sebaliknya.

Perkara tidak perlu

  • Jangan berikan ubat anak anda kepada kanak-kanak lain walaupun difikirkan mereka mempunyai penyakit yang sama.

Bagaimanakah cara anda perlu menyimpan ubat?http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P9T5_medicine.JPG

  • Simpanlah ubat di dalam bekas yang asal.
  • Simpanlah ubat tersebut di dalam peti sejuk jika perlu berbuat demikian.
  • Simpanlah ubat ditempat yang kering, dingin dan elakkan terdedah daripada cahaya matahari.
  • Simpanlah ubat jauh dari kanak- kanak.


Simpanlah ubat ditempat yang kering, dingin dan elakkan terdedah daripada cahaya matahari.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P9T5_medicine2.JPG
Simpanlah ubat jauh dari kanak- kanak.

Bagaimanakah cara anda patut melupuskan ubat anda?

  • Buang semua ubat yang melewati tarikh luput.
  • Buang ubat yang tidak digunakan lagi.
  • Tanya ahli farmasi anda cara yang betul dan selamat untuk melupuskan ubat.

Semakan akhir : 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment