Thursday 19 January 2012

Sumbing Bibir dan Lelangit

Sumbing Bibir dan Lelangit

Apakah sumbing Bibir dan sumbing Lelangit?
Sumbing bibir ialah rekahan pada bibir atas.Sumbing Lelangit ialah rekahan pada garis tengah lelangit.

Bagaimanakah kecacatan boleh terjadi?
Keadaan disebabkan oleh suatu rekahan (fisur) pada garis tengah lelangit akibat dari kegagalan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia 3 bulan dalam kandungan.
Sebab-sebab

  • Tidak diketahui
  • Keturunan(30% mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama)
  • Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran lain)
  • Agen keracunan ( ubat,jangkitan viral,racun yang dihasilkan oleh organisma hidup semasa mengandong)

Adakah perbezaan diantara kedua jenis sumbing?
Sumbing bibir dan sumbing lelangit boleh terjadi secara berasingan atau kedua-duanya sekali.

Berapa kerap ia terjadi?
Sumbing bibir dan Sumbing bibir/lelangit terjadi anggaran 1 dalam 1000 kelahiran. Sumbing lelangit sahaja anggaran 1 dalam 2000 kelahiran.

Apakah komplikasi sumbing bibir dan sumbing lelangit ?

  1. Masalah penyusuan
  2. telinga bernanah
  3. Masalah pertuturan
  4. Pertumbuhan gigi tidak normal
  5. Masalah kecantikan (Cosmetic problem)
  6. Kesan psikologi (Psychological effect)
  1. Masalah penyusuan
    • Bayi tidak menyusu secukupnya kerana pembentukan mulut yang tidak sempurna. Masalah bergantung pada keterukan sumbing.

Penyelesaian: Mengalakkan penyusuan susu ibu secara langsung.Jika bayi tidak dapat berbuat demikian ‘,beri perahan susu ibu atau susu formula dengan sudu.

    • Mereka menelan lebih udara semasa penyusuan, susu mudah masuk melalui hidung atau telinga dalam.

Penyelesaian : Dudukan bayi secara menegak semasa dan selepas penyusuan. Sendawakan bayi selepas penyusuan.

  1. Penyakit Telinga
    • Mudah mendapat jangkitan telinga dan pengumpulan air di bahagian telinga tengah. Memberi kesan pada pendengaran bayi.
      Penyelesaian: Air yang terkumpul ini perlu dikeluarkan menggunakan teknik “ear weaking” dan jangkitan dirawat sebaiknya.
    • Hilang pendengaran.(gejala jangkitan telinga)
      Penyelesaian: Menghadiri temujanji untuk penilaian di klinik ENT.
  1. Perkembangan Pertuturan
    • Otot lelangit bagi kanak-kanak sumbing lelangit , tidak berfungsi dengan sempurna. Jadi mereka mempunyai “hypernasal speech” dan pertuturan tidak fasih.
    • Kurang pendengaran juga menghalang perkembangan pertuturan

Penyelesaian: Proses penyelesaian:Sesi Terapi Pertuturan dan mengikuti ujian pendengaran secara berkala

  1. Pertumbuhan gigi.
    • Kanak-kanak dengan kecacatan pada gusi atas/lelangit mempunyai bentuk gigi yang tidak normal atau tiada gigi.

      Penyelesaian: Jumpa Doktor Gigi pada umur muda atau sebelum gigi tumbuh.Penjagaan mulut yang baik.Rawatan Orthodontik (pembetulan terhadap gigi yang tidak betul)
  1. Masalah kecantikan (Cosmetic problems)
    • Kesan rawatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan ketidakpuasan kepada pesakit
  1. Kesan Psikologi (Psychological impact)
    • Kombinasi banyak masalah yang melibatkan pertuturan,pendengaran,pergigian dan masalah kosmetik menyebabkan kurang keyakinan diri dan lain – lain kesan PSIKOLOGI .

Rawatan
Melibatkan rawatan dari berbagai disiplin.termasuklah Pakar pembedahan plastic,Pakar pembedahan Otolaryngologikal (ENT),doctor gigi (dentist),Orthodontist (Pakar dalam pembentukan gigi)???, Audiologist (Pakar pendengaran dan pakar Terapi pertuturan). Serta kakitangan kesihatan. Rawatan Pembedahan Pembedahan Sumbing bibir boleh dilakukan pada umur 3 bulan. Pembedahan Sumbing lelangit biasanya dilakukan diantara umur 6 bulan hingga satu tahun.Kemungkinan bone graft (pemindahan tisu tulang ) akan di lakukan kemudian.Pembedahan pembetulan rahang (tulang mulut dan dagu) juga di perlukan bila umur meningkat.

Pencegahan

  • Dapatkan nasihat doktor berkenaan risiko berulang pada kehamilan berikutnya
  • Semasa hamil jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

Rehabilitasi (Pemulihan)

  • Terapi Pertuturan
  • Rawatan Orthodotik (rawatan pembentukan gigi)

Kumpulan sokongan
CLAPAM (Cleft Lip and Palate Association of Malaysia)
No. 121 Lot 4 - 46A
4th floor Wisma Central
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel/fax: 03-21621445
e-mail : clapam@tm.net.my

Semakan akhir : 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment