Apakah maksud sumbang mahram?
- Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.
- Contoh:
- Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya.
- Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.
Siapakah yang berisiko tinggi?
Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.
Apakah yang boleh saya lakukan jika saya menjadi mangsa sumbang mahram?
- Ini bukan salah anda.
- Sumbang mahram satu jenayah yang boleh dihukum.
- Anda perlu memaklumkan kepada seorang dewasa yang anda boleh percayai(guru, kakak, ibu).
- Perkara ini perlu didedahkan. Ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan. Walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, anda masih boleh mendapatkan pertolongan.
- Diri anda adalah tanggungjawab anda.
Apakah yang akan terjadi kepada saya apabila perkara sebenar ini diketahui?
- Ini bukan salah anda.
- Anda tidak bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi. Anda tidak keseorangan, bantuan sentiasa ada disisi anda.
- Berkongsilah masalah anda dengan orang dewasa yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, kawan, guru dan kaunselor.
- Jika anda tidak mendapat sokongan, dapatkan bantuan dari tempat lain seperti berjumpa denga doktor anda
Untuk keselamatan anda, anda akan dirujuk kepada :
- Doktor
- Polis
- Pekerja sosial
- Kaunselor
- Rumah atau tempat perlindungan sementara jika perlu
Apakah yang terjadi kepada pesalahlaku?
Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol. Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.
Hukuman :
Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.
Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa?
Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah :
- Hilang kepercayaan pada orang lain
- Takutkan hubungan intim
- Murung
- Rasa ingin bunuh diri
- Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri
- Keyakinan diri yang rendah
- Rasa bersalah dan marah
- Rasa terasing dari masyarakat/keluarga
- Penyalahgunaan dadah
- Masalah pemakanan
- Masalah personaliti
Pengalaman yang buruk atau traumatik yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental survivor.
Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu kerana khuatir ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkala terdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga.
Kesan negatif yang serius biasanya terjadi jika mangsa
- tidak meminta bantuan
- tidak mendapatkan sokongan dan kaunseling
- dianiaya dalam jangka masa yang lama
Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan.
Untuk maklumat selanjutnya rujuk Penderaan seksual.
Apakah kumpulan sokongan yang ada di Malaysia?
- Woman's Aid Organisation. wao@po.jaring.my.
- Women's Centre for Change, (WCC) Penang. wcc@wccpenang.org
- All Women's Action Society (AWAM). awam@awam.org.my.
- Sisters in Islam. sistersinislam@pd.jaring.my.
Semakan akhir : 10 Oktober 2006
No comments:
Post a Comment