Thursday 19 January 2012

Sakit Abdomen

Sakit Abdomen

Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa.
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain.
Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa.

Sebab-sebab

Sebab-sebab psychogenic
Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walaubagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui.

Sebab-sebab functional
Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya:

Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance)
Senggugut (dysmenorrhoea)
Sembelit
Cirit-birit (diarrhea)

Sebab-sebab organik
Sakit yang timbul disebabkan oleh penyakit lain dalam badan. Contohnya :

Penyakit radangan usus
Penyakit ulser peptik – 50% adalah disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
Gumpalan cacing
Penyakit keradangan pelvik
Ovarian cyst (sista ovari / ketulan pada ovari)
Jangkitan pada saluran kencing

Kecederaan yang di alami pada bahagian abdomen, contohnya kemalangan
Rawatan
Kebanyakan masalah ini dapat dirawat di rumah.
Jika anda mengalami sakit perut tanpa gejala-gejala lain, cuba :

Berehat sehingga anda berasa lega
Minum air yang banyak (minum sedikit-sedikit tetapi kerap adalah lebih baik untuk perut anda)
Elakkan minuman yang berkarbonat dan mengandungi kafein seperti soda, teh atau kopi
Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
Elakkan mengambil makanan yang pedas, buah-buahan yang masam dan alkohol
Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi
Elakkan daripada mengambil ubat jenis aspirin dan anti keradangan tanpa steroid

Lain-lain rawatan adalah bergantung kepada penyebab penyakit.

Matlamat rawatan
Mengurangkan gejala dan kembali ke fungsi asal

Cuba ubatan untuk mengurangkan sakit, contohnya paracetamol untuk menghilangkan senggugut.

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor

Sakit disebabkan oleh kecederaan dan kemalangan
Sakit yang tidak sembuh dalam tempoh 24 hingga 48 jam
Sakit yang bertambah teruk dan kerap
Kesakitan setempat pada bahagian abdomen yang bertambah dari masa ke semasa
Munculnya gejala-gejala lain seperti cirit-birit, loya, muntah, sukar membuang angin, perubahan pada kencing, demam, sesak nafas, rasa mengantuk atau pitam
Perut yang membuncit
Mengandung
Muntah darah yang berwarna hitam

Pencegahan
Sakit abdomen dapat dicegah melalui

Amalkan tabiat membuang air besar setiap pagi bagi mengelakkan sembelit.
Amalkan tabiat makan yang baik dan teratur.
Elakkan pengambilan makanan berlebihan bagi menjauhkan ketidakselesaan perut.
Makan dengan perlahan-lahan dan berhenti sekiranya sudah berasa kenyang.
Elakkan mengunyah gula-gula getah bagi mengurangkan menelan angin.
Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan setiap kali memandu untuk mengelakkan berlakunya kecederaan pada bahagian abdomen


Semakan Akhir : 28 April 2008

No comments:

Post a Comment