Thursday 19 January 2012

Kenapa saya pendek? Adakah saya normal?

SAYA PENDEK

Pengenalan

Kenapa saya pendek? Adakah saya normal?

Ketinggian terakhir anda dipengaruhi oleh gen anda sendiri
Ketinggian terakhir juga boleh diukur dengan mengetahui ketinggian ibu bapa anda. Doktor anda akan membantu membuat pengiraan)
Jikalau ibu bapa anda rendah, anda berkemungkinan rendah juga
Ketinggian juga dipengaruhi oleh status nutrisi anda
Andainya anda mengalami sakit kronik seperti penyakit darah,penyakit buah pinggang,jantung atau lelah, ketinggian anda boleh terjejas



short stature

Adakah anda hanya pendek atau mengalami masalah kesihatan lain?
Ada masalah perubatan yang berkaitan dengan tubuh badan yang rendah.
Jika anda seorang perempuan dan mengalami ciri-ciri seperti berikut:

Leher yang kelihatan pendek dan lebar
Dada yang luas dan jarak puting payudara yang agak luas di antara satu sama lain
Terdapat tanda lahir yang kecil, hitam dan banyak
Tangan dan kaki yang kecil
Masalah pembelajaran di sekolah
Kelewatan kematangan seks:
Tiada perubahan lazim akil baligh
Tidak mengalami haid walaupun selepas umur 13 tahun

tunner syndrome
Leher yang kelihatan pendek dan lebar adalah sebahagian daripada tanda-tanda sindrom Turner

Anda mungkin mengalami sindrom Turner.
Sindrom ini adalah hasil daripada ketidaknormalan dalam kromosom (gen)anda.
Sila rujuk doktor anda jika mempunyai sebarang kemusykilan.

Adakah ia merupakan satu masalah?
Pendek tidak menghalang anda dari menjadi seorang yang berjaya. Ramai tokoh ternama dan penghibur terkenal adalah pendek juga! Walau bagaimanapun, sesetengah remaja yang lebih pendek dari rakan-rakan mereka mungkin:

Mengalami masalah buli di sekolah
Berasa sedih dan memerlukan sokongan

Anda perlukan pertolongan?
Jikalau anda diusik atau dibuli, berbincanglah dengan:

Ibu bapa dan ahli keluarga
Guru-guru
Kaunselor sekolah
Doktor

Wujudkan kumpulan sokongan bagi orang-orang pendek?
Persatuan Sindrom Turner Malaysia sedia membantu mereka yang mengalami sindrom Turner.



Semakan akhir: 14 Julai 2006

1 comment:

  1. assalamualaikum. maaf bertanya, ada ke persatuan sindrom turner?

    ReplyDelete