Friday 20 January 2012

Ruam Kulit

Ruam

Kulit yang sihat bertindak sebagai penghalang. Ruam adalah petanda tindak balas kulit yang tidak normal.

Penyebab Ruam

  • Biasanya menyebabkan kerengsaan kulit. Bagi remaja ruam selalu disebabkan oleh sentuhan dan alahan terhadap sebarang bahan yang menyebabkan kerengsaan seperti :
    • Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, bahan kosmetik dan losyen
    • Barang kemas, butang besi pada seluar jeans, tali baju dalam
    • Racun serangga, dan baja
    • Racun pokok
    • Terdedah kepada serannga atau parasit seperti hama kudis buta (scabies mite)
    • Fabrik
    • Alatan baru, alat permainan, perkakasan atau sebarang objek
    • Susu getah
  • Sebab-sebab lain termasuklah :

    • Jangkitan kulit seperti herpes zoster (sejenis kayap)
    • Jangkitan kulat dan impetigo (sejenis penyakit kulit berjangkit)
    • Insecticides, pesticides and fertilizer
    • Penyakit kelamin berjangkit seperti siplis
    • Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, eczema, psoriasis
    • Kekeringan, cuaca sejuk, cuaca yang terlalu panas (ruam panas)
    • Gangguan emosi
    • Penyakit hati, buah pinggang dan barah.

Rawatan

  • Jika ruam tidak teruk , ia boleh dirawat di rumah.
  • Basuh kawasan sentuhan dengan air yang banyak
  • Guna sabun yang lembut dan cuci rata dengan air
  • Lindungi kawasan ruam dari terdedah kepada udara sebaik mungkin
  • Jangan menggaru ruam kerana ini akan menyebabkan kecederaan yang teruk
  • Pastikan kawasan yang gatal sentiasa sejuk dan lembap (ingat, jika kulit berulang-ulang basah dan kering ia akan menyebabkan kulit anda kering)
  • Losyen kalamin dapat membantu dalam kes dermatitis
  • Cuba ubatan untuk gatal-gatal seperti antihistamin

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

  • Ruam tidak berubah atau semakin teruk walaupun dengan rawatan di rumah
  • Tidak dapat menahan kegatalan
  • Berubah menjadi lecur, keretakan, dan menyakitkan
  • Demam
  • Mudah bengkak pada kerongkong, lidah, bibir, kelopak mata atau muka
  • Perubahan yang teruk di dalam mulut serta tidak dapat menelan
  • Mempunyai sejarah terhadap alahan pada bahan yang sama
  • Mengantuk
  • Tompokan darah di bawah kulit
  • Sakit sendi dan bengkak-bengkak
  • Kudis pada kawasan kemaluan dan terdapat cairan keluar

Pencegahan

  • Elakkan menyentuh bahan-bahan yang menyebabkan alahan
  • Gunakan sarung tangan pelindung
  • Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit tercedera akibat dari menggaru
  • Elakkan dari berhubung dengan orang yang mempunyai jangkitan kulit
  • Elakkan mandi yang berlebihan kerana akan mengurangkan kelembapan kulit
  • Selalu gunakan pelembap kulit untuk mengembalikan tekstur kulit
  • Elakkan dari menggaru atau menggosok dengan kuat
  • Amalkan kebersihan
  • Belajar untuk menangani stres

Soalan Lazim
Adakah Semua Ruam Kulit Berjangkit

  • Kebanyakkan ruam kulit tidak berjangkit, kecuali yang disebabkan oleh jangkitan seperti jangkitan kulat dan kudis buta.

Adakah ruam akan berulang setelah mendapat rawatan?

  • Kebanyakkan ruam akan hilang jika agen penyebab dihindari dan anda mengamalkan pencegahan yang dicadangkan.


Semakan Akhir : 28 April 2008

1 comment: