Ruam
               
                  Kulit  yang sihat bertindak sebagai penghalang. Ruam adalah petanda tindak balas kulit  yang tidak normal.
                
Penyebab Ruam
- Biasanya menyebabkan kerengsaan kulit. Bagi remaja ruam selalu disebabkan oleh sentuhan dan alahan terhadap sebarang bahan yang menyebabkan kerengsaan seperti :
 - Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, bahan kosmetik dan losyen
 - Barang kemas, butang besi pada seluar jeans, tali baju dalam
 - Racun serangga, dan baja
 - Racun pokok
 - Terdedah kepada serannga atau parasit seperti hama kudis buta (scabies mite)
 - Fabrik
 - Alatan baru, alat permainan, perkakasan atau sebarang objek
 - Susu getah
 
- Sebab-sebab lain termasuklah       :
 - Jangkitan kulit seperti herpes zoster (sejenis kayap)
 - Jangkitan kulat dan impetigo (sejenis penyakit kulit berjangkit)
 - Insecticides, pesticides and fertilizer
 - Penyakit kelamin berjangkit seperti siplis
 - Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, eczema, psoriasis
 - Kekeringan, cuaca sejuk, cuaca yang terlalu panas (ruam panas)
 - Gangguan emosi
 - Penyakit hati, buah pinggang dan barah.
 
Rawatan
- Jika ruam tidak teruk , ia boleh dirawat di rumah.
 - Basuh kawasan sentuhan dengan air yang banyak
 - Guna sabun yang lembut dan cuci rata dengan air
 - Lindungi kawasan ruam dari terdedah kepada udara sebaik mungkin
 - Jangan menggaru ruam kerana ini akan menyebabkan kecederaan yang teruk
 - Pastikan kawasan yang gatal sentiasa sejuk dan lembap (ingat, jika kulit berulang-ulang basah dan kering ia akan menyebabkan kulit anda kering)
 - Losyen kalamin dapat membantu dalam kes dermatitis
 - Cuba ubatan untuk gatal-gatal seperti antihistamin
 
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
- Ruam tidak berubah atau semakin teruk walaupun dengan rawatan di rumah
 - Tidak dapat menahan kegatalan
 - Berubah menjadi lecur, keretakan, dan menyakitkan
 - Demam
 - Mudah bengkak pada kerongkong, lidah, bibir, kelopak mata atau muka
 - Perubahan yang teruk di dalam mulut serta tidak dapat menelan
 - Mempunyai sejarah terhadap alahan pada bahan yang sama
 - Mengantuk
 - Tompokan darah di bawah kulit
 - Sakit sendi dan bengkak-bengkak
 - Kudis pada kawasan kemaluan dan terdapat cairan keluar
 
Pencegahan
- Elakkan menyentuh bahan-bahan yang menyebabkan alahan
 - Gunakan sarung tangan pelindung
 - Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit tercedera akibat dari menggaru
 - Elakkan dari berhubung dengan orang yang mempunyai jangkitan kulit
 - Elakkan mandi yang berlebihan kerana akan mengurangkan kelembapan kulit
 - Selalu gunakan pelembap kulit untuk mengembalikan tekstur kulit
 - Elakkan dari menggaru atau menggosok dengan kuat
 - Amalkan kebersihan
 - Belajar untuk menangani stres
 
Soalan Lazim
                        Adakah Semua Ruam Kulit Berjangkit
- Kebanyakkan ruam kulit tidak berjangkit, kecuali yang disebabkan oleh jangkitan seperti jangkitan kulat dan kudis buta.
 
Adakah ruam akan berulang setelah mendapat rawatan?
- Kebanyakkan ruam akan hilang jika agen penyebab dihindari dan anda mengamalkan pencegahan yang dicadangkan.
 
                    Semakan  Akhir : 28 April 2008
info yang baik.. terima kasih
ReplyDelete