Rawatan Selan Fisur
                  
Pengenalan 
                      Kajian  Kesihatan Pergigian Murid-murid Sekolah  Peringkat Kebangsaan 1997 (NOHSS 1997)  mendapati, permukaan mengunyah (occlusal) gigi adalah empat kali ganda  lebih berpotensi untuk mendapat kerosakan gigi berbanding permukaan gigi yang  licin .
Apa itu Selan Fisur?
                    Selan  Fisur merupakan suatu bahan plastik khas,  digunakan oleh doktor pergigian untuk  menutup lubang-lubang kecil (pits) dan alur yang dalam (fissures)   pada permukaan mengunyah gigi geraham (molar). Lapisan ini mencegah  pengumpulan  bakteria dan makanan di permukaan gigi tersebut.
Mengapa Rawatan Selan Fisur diperlukan?
                    Kerosakan  gigi-gigi yang beralur dalam dapat  dicegah jika rawatan selan fisur dilakukan  sekali dengan penjagaan  kesihatan pergigian yang baik dan diet yang sihat.
Siapa yang Memerlukan Selan Fisur?
                    Kanak-kanak  yang mempunyai:
- kerosakan pada gigi susu.
 - Kerosakan gigi melibatkan sebatang atau lebih gigi molar kekal pertama dan kedua.
 
Kanak-kanak dengan:
- Keperluan khas; contoh: kanak-kanak istimewa, masalah perubatan dan taraf sosial rendah.
 - Kerosakan gigi yang teruk semasa kegigian campuran (gigi susu dan gigi kekal).
 
Bila Rawatan Selan Fisur dilakukan?
                    Rawatan  ini dilakukan ke atas gigi beralur dalam  yang telah tumbuh sepenuhnya bagi  memudahkan kawalan lembapan.
Bagaimana Rawatan ini Dilakukan?
                    Gigi  dibersihkan dan dikering sebelum rawatan selan  dilakukan. Bahan selan disapu ke  atas permukaan gigi tersebut untuk  menutupi alur dalam dan lubang-lubang kecil  (pits). Gigi dilindungi  sepenuhnya apabila selan keras. 
Adakah Ianya Menyakitkan?
                    Rawatan  selan adalah mudah dan tidak menyakitkan. Struktur gigi yang sihat tidak perlu  dipotong (buang).
Semakan Akhir : 28 April 2008
No comments:
Post a Comment