Penyakit Gusi (Periodontium)
                
 Penyakit  gusi boleh dikategorikan mengikut peringkat atau tahap kerosakan.
                      ►   Gingivitis 
   |                          
  |                        
► Periodontitis  |                        |
  |                          
  |                        
                  Adakah  penyakit gusi biasa terjadi? 
                    
Ya, ramai  orang mengalami masalah gusi.
                    Kajian  "National Oral Health Survey of Adult 2000",  Kementerian Kesihatan  Malaysia menunjukkan 9 daripada 10 orang dewasa  Malaysia yang masih ada gigi  mengalami pelbagai peringkat penyakit  gusi.
                   
                    Apa yang  menyebabkan penyakit gusi ?
                    
Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kejadian penyakit gusi seperti :
- Kalkulus atau plak gigi yang telah keras
 - Merokok
 - Diabetes
 - Kerosakan gigi
 - Stres
 - Gigi palsu ( dentur )
 - Mulut kering
 - Sebahagian ubat-ubat untuk masalah perubatan seperti epilepsi dan tekanan darah tinggi
 - Perubahan hormon contohnya semasa mengandung
 
                  Apakah  tanda-tanda penyakit gusi ? 
                    
Anda mungkin akan mengalami keadaan berikut:
- Gusi merah dan bengkak
 - Gusi berdarah
 - Gigi longgar atau berubah dari kedudukan asal ( tersesar )
 - Nafas berbau ( halitosis )
 - Gangguan deria rasa
 
                    Peringatan
- Gusi yang tidak sihat selalunya tidak sakit dan ramai orang tidak sedar yang mereka mengalami penyakit gusi pada peringkat awal.
 - Semasa mengandung atau datang haid, gusi boleh membengkak dan sakit kerana perubahan hormon.
 
                    Komplikasi 
- Penyakit gusi boleh menyebabkan implikasi sosial kerana ia berkaitan dengan nafas berbau dan penampilan yang kurang menarik.
 - Kehilangan gigi.
 
Apa yang  anda boleh lakukan?
                    Kesihatan  gigi yang baik perlu dicapai melalui amalan : 
- Penjagaan kebersihan mulut yang baik dengan:
 - Berus gigi sehingga bersih
 - Gunakan flos
 - Berkumur-kumur
 - Makan secara sihat dan hadkan pengambilan makanan ringan yang manis
 - Tidak merokok
 
Dapatkan  nasihat daripada doktor pergigian jika masalah masih berterusan.
                       
                    
Semakan akhir : 28 Mac 2007
 
 
No comments:
Post a Comment