Friday, 20 January 2012

PENDERAAN SEKSUAL

PENDERAAN SEKSUAL

Apa itu penderaan seksual?

  • Penderaan seksual adalah apabila seorang kanak-kanak atau remaja digunakan untuk mencapai kepuasan seks
  • Kerapkali kanak-kanak atau remaja tidak faham akan situasi ini dan tidak dapat menghalang/mengelak daripada situasi tersebut
  • Penderaan seksual selalu berkait dengan salahguna kuasa, kepercayaan dan tanggungjawab oleh pendera

Ia melibatkan kesemua aktiviti seks seperti:

  • Pendedahan kepada kelakuan yang tidak senonoh dan tidak sopan
  • Pornografi
  • Sentuhan payudara, kemaluan dan melancap
  • Semua jenis hubungan seks termasuk seks oral, seks faraj dan seks dubur

Di mana penderaan seks biasanya berlaku?
Penderaan seksual boleh berlaku di :

  • Rumah

- Perbuatan ini dilakukan oleh ahli keluarga atau saudara mara

  • Luar rumah

- Perbuatan ini dilakukan oleh jiran, penjaga, guru, orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak atau remaja tersebut atau orang yang tidak dikenali

Apakah tanda-tanda /petunjuk lazim?

  • Kesakitan yang tidak dapat diterangkan seperti sakit kepala yang berulang-ulang, sakit abdomen yang berulang-ulang dan susah untuk tidur
  • Tanda-tanda trauma atau jangkitan seperti discaj dari faraj atau perdarahan daripada bahagian dubur
  • Kerisauan tinggi, keraguan dan kemurungan.
  • Kecelaruan konversif - kehilangan fungsi tubuh secara psikologikal
  • Mengalami jangkitan penyakit kelamin
  • Gangguan cara makan seperti anorexia nervosa dan bulimia nervosa
  • Perubahan kelakuan
  • Kelakuan seksual atau pengetahuan yang tidak berpatutan (seperti terlalu banyak melancap)
  • Kehamilan remaja
  • Penyalahgunaan dadah
  • Susah mengecam identiti lelaki/perempuan (seorang budak lelaki yang menjadi mangsa penderaan seksual oleh seorang lelaki dewasa tidak bermakna dia itu homosexual)
  • Kelakuan seksual yang tidak terkawal
  • Mencederakan diri sendiri
  • Tidak mahu pergi ke sekolah
  • Masalah kelakuan atau melakukan perbuatan jahat
  • Kemerosotan pencapaian akademik di sekolah atau tidak menumpukan perhatian ketika di sekolah
  • Kenyataan dari mangsa seperti 'dia menyentuh saya'

Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seks menunjukan tanda-tanda normal semasa pemeriksaan fizikal oleh doktor. Ini tidak bermakna penderaan seks tidak berlaku.

Apakah kesannya kepada mangsa?
Tiada siapa yang bersiap sedia untuk menghadapi penderaan seks.
Kesannya termasuk :

  • Perasaan marah
  • Perasaan bersalah
  • Perasaan iri hati
  • Perasaan malu
  • Takut akan keretakan keluarga
  • Konflik dalaman terhadap kasih sayang
  • Keliru
  • Merasa rendah diri
  • Merasa tidak berguna
  • Pandangan kacau bilau terhadap seks
  • Hidup terasing dan kurang mempercayai orang
  • Kecenderungan untuk bunuh diri
  • Gangguan personaliti
  • Garang
  • Mungkin akan jadi pekerja seks

Apa perlu dilakukan jika anda adalah mangsa penderaan seksual?

  • Ianya bukan salah anda.
  • Ianya merupakan satu kegiatan jenayah oleh orang yang memaksa anda ke kancah perlakuan seks
  • Anda mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap tubuh anda.
  • Beritahulah ibubapa atau orang yang boleh dipercayai seperti guru atau saudara mara. Masih belum terlewat untuk memberitahu.
  • Melaporkan insiden tersebut kepada orang yang menjaga tempat-tempat seperti berikut :
    • Pusat Khidmat Bersepadu di Hospital kerajaan
    • Mana-mana hospital atau klinik
    • Balai polis
    • Jabatan Kebajikan - perkara-perkara sulit dan maklumat anda akan dirahsiakan oleh pegawai sosial.
    • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's) seperti Women Aids Organizations ; www.wao.org.my & Women Center for Change www.wccpenang.org/wcc

Apa perlu dilakukan jika anda mengesyaki penderaan seks telah berlaku?
Anda boleh:

  • Memberitahu guru, guru kaunseling atau orang dewasa yang dipercayai.
  • Membawa mangsa ke Pusat Khidmat Bersepadu untuk membuat aduan polis dan pemeriksaan perubatan.
  • Memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat.
  • Meminta bantuan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan yang releven (WAO,WCC)

Apakah yang boleh dilakukan untuk mangsa penderaan seksual?

  • Jangan salahkan mangsa.
  • Menggalakan mangsa untuk melaporkan kejadian tersebut dan terus melapurkannya sekiranya ia berulang.
  • Berikan sokongan emosi dan tempat perlindungan sekiranya boleh.
  • Jika boleh pastikan pendera tidak dapat mendampingi mangsa tersebut. Dalam kes sumbang mahram, pastikan si mangsa tidak bersendirian bersama-sama si pendera.

Bagaimana anda boleh menghalang penderaan seks atau serangan seks?

  • Berhati-hati dalam memilih kawan
  • Jangan keterlaluan dalam kelakuan dan cara berpakaian
  • Jauhkan diri daripada kawan-kawan yang terlibat dengan kelakuan berisiko tinggi dan melakukan kegiatan sosial yang tidak berpatutan
  • Memberitahu ibubapa kemana anda pergi dan dengan siapa
  • Membezakan antara sentuhan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan (membelai payu dara, peha dan punggung)
  • Perlu diingatkan bahawa badan anda adalah tanggungjawab anda
  • Jangan tumpang kenderaan mereka yang tidak dikenali
  • Jangan terima minuman atau minuman daripada tin yang terbuka yang diberikan oleh orang
  • Jangan terima wang atau hadiah tanpa sebab yang munasabah
  • Jangan melepak pada waktu malam dan di tempat sunyi
  • Elakkan bahan pornografi
  • Elakkan dari orang-orang yang cuba menarik minat anda kepada bahan pornografi
  • Sekiranya seseorang menunjukkan alat kemaluan atau meminta anda menyentuh kemaluannya, jangan beri perhatian tetapi beritahulah orang dewasa yang boleh dipercayai

Apa yang harus dilakukan jika anda seorang pendera seks atau mengenali seorang pendera seks?
Anda perlu meminta bantuan daripada kaunselor, anggota kesihatan, guru, pekerja sosial atau pun mereka yang boleh dipercayai.

Semakan akhir : 10 Oktober 2006

No comments:

Post a Comment