Friday 20 January 2012

Pemeriksaan Gigi Berkala

Latar belakang

Ia adalah lawatan biasa ke klinik bagi pemeriksaan pergigian pada selang masa yang tetap. La watan ini dibuat dari setiap 3 bulan sekali hingga setahun sekali bergantung pada tahap kesihatan mulut.

Pemeriksaan pergigian secara berkala sangat penting bagi memelihara kesihatan mulut dan kesihatan keseluruhan.

Mengapa anda perlu mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala?
Pemeriksaan pergigian secara berkala perlu untuk:

  • Mencegah kejadian penyakit gigi
  • Pengesanan awal sebarang penyakit gigi
  • Menilai keberkesanan penjagaan sendiri.

Apa yang dilakukan semasa pemeriksaan pergigian?
Semasa pemeriksaan pergigian dilakukan, doktor pergigian akan;

  • mengemaskini maklumat perubatan dan gigi.
  • mengesan masalah gigi yang ada seperti:
    • kerosakan gigi
    • penyakit gusi
  • memberi rawatan profilaksis seperti penskaleran dan pengilapan untuk mencegah penyakit gigi.
  • beri nasihat berkaitan amalan penjagaan kesihatan gigi yang baik seperti:
    • teknik memberus gigi yang berkesan dan menggunakan flos
    • amalan makanan yang sihat
    • berhenti merokok
  • rujuk kepada pegawai kesihatan atau pakar pergigian jika perlu.

Di mana pemeriksaan pergigian boleh diperolehi?
Pemeriksaan pergigian boleh diperolehi di klinik-klinik pergigian yang berdekatan. Layari laman web Bahagian Kesihatan Pergigian di http://ohd.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment