Thursday 19 January 2012

Masalah Salahlaku Dan Juvana

Masalah Salahlaku & Salahlaku Juvana

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah tingkah laku?
Masalah tingkah laku merujuk kepada tingkah laku individu yang mendatangkan masalah kepada keluarga dan masyarakat. Antara masalah tingkah laku ialah:

  • Keganasan / agresif terhadap manusia dan haiwan
  • Merosakkan harta benda
  • Menipu dan mencuri
  • Menyalahi undang-undang

Masalah tingkah laku boleh membawa kepada kecelaruan tingkah laku apabila ia melibatkan gangguan terhadap hak asasi manusia.Mendatangkan masalah sosial secara berulang kali dan tetap.

Apakah maksud salah laku juvana?
Salah laku juvana merujuk kepada salah laku yang dilakukan oleh remaja yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Masalah tingkah laku dan salah laku juvana merupakan terma yang memberi maksud yang sama, iaitu kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia.

Tanda & Gejala

Apakah ciri-ciri salah laku juvana?
Remaja yang bermasalah, cenderung untuk:

  • Ingkar dan melawan terhadap orang awam atau pihak berkuasa
  • Mudah tersinggung, marah, kecewa dan resah
  • Mempunyai perwatakan yang ganas / agresif dan suka bermusuhan
  • Kurang kemahiran menyelesaikan masalah dan lemah pencapaian akademik
  • Mempunyai hubungan sosial yang lemah dan kurang akur kepada kemahuan masyarakat
  • Datang daripada keluarga yang mempunyai stres yang tinggi, mengalami kepincangan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, kurang disiplin dan mempunyai sejarah penyakit mental
  • Kurang perasaan empati dan suka mendesak
  • Suka ponteng sekolah dan cenderung untuk melarikan diri dari rumah

Remaja lelaki didapati lebih kerap melakukan salah laku berbanding remaja perempuan.

Apakah punca lain yang dikaitkan dengan salah laku juvana?
Menjadi kebiasaan remaja yang mempunyai masalah salah laku untuk mengalami gangguan seperti:

  • Kurang tumpuan
  • Gelisah
  • Murung
  • Penyalahgunaan dadah
  • Masalah pembelajaran

Salah laku juvana berhubung kait dengan perilaku berisiko.

Apakah penyebab salah laku juvana?
Faktor yang menyumbang kepada salah laku juvana di kalangan remaja adalah:

  • Kurang didikan ibu bapa
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh sosial
  • Pengaruh media

Tidak ada bukti bagi mengaitkan fakta keturunan kepada salah laku juvana.

Kesan

Apakah akibat sekiranya remaja melakukan salah laku juvana?

  • Lebih terdedah untuk melakukan keganasan
  • Kerap terlibat dengan kesalahan undang-undang dan pihak berkuasa
  • Disisihkan masyarakat
  • Digantung sekolah
  • Perilaku berisiko
  • Ke arah masalah kesihatan mental

Mengapa remaja yang tidak mempunyai masalah salah laku juvana boleh dilabel sebagai remaja bermasalah?
Penting untuk diingatkan bahawa masalah tingkah laku juga boleh dikaitkan dengan kurangnya kemahiran seperti:

  • Kemahiran berkomunikasi
  • Pembelajaran
  • Menyelesaikan mas
  • Sosial

Mereka biasanya diberi tanggapan sebagai salah laku juvana berdasar ke atas kelakuan mereka.
Oleh itu, janganlah senang memberi label kepada seseorang.
Biarkan golongan profesional sahaja yang memberi definisi berkaitan masalah tingkah laku, setelah penilaian yang komprehensif dilakukan.

Rawatan
Apakah objektif rawatan bagi masalah ini?

  • Mengenal pasti dan mengurangkan ciri-ciri individu yang menyumbang kepada salah laku juvana
  • Mengenal pasti dan mengurangkan faktor keluarga dalam menyumbangkan kepada salah laku juvana
  • Meningkatkan tanggungjawab untuk lebih berdisiplin, mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan pro-sosial
  • Kurangkan sikap bermusuhan dan impulsif
  • Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sosial
  • Menggalakkan sikap yang positif terhadap keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
  • Latihan keibubapaan di dalam pengurusan remaja

Apakah kaedah rawatan yang diberikan?
Kaedah rawatan termasuk:

  • Latihan tingkah laku
    • Kemahiran afektif
    • Kemahiran menyelesaikan masalah
    • Pengurusan kemarahan
  • Terapi pemikiran
  • Kaunseling
  • Sokongan ibu bapa dan sosial
  • Latihan pengurusan keibubapaan
  • Ubatan hanya diberikan sekiranya kanak-kanak menghidap penyakit psikiatri atau masalah kesihatan yang lain

Pencegahan

  • Sifat keibubapaan yang positif
  • Sokongan sosial
  • Pembangunan kerohanian

Kumpulan sokongan

  • Guru
  • Ibu bapa
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
  • Pakar Kanak-kanak (Pakar Kanak-kanak dan Remaja)
  • Pendakwah

Rujukan
American Psychiatric Association (2000). Diagnostic and Statistical Manual for Mental Disorders 4th Edition.
Rujukan teks. New York: American Psychiatric Association.

Semakan akhir: 28 April 2008

No comments:

Post a Comment