Thursday 19 January 2012

Masalah Imej Diri (Perubahan diri)

Perubahan diri

Anda akan mengalami perubahan-perubahan badan apabila anda menujui kedewasaan.Tanpa anda sedari, beberapa bahagian badan anda telah mula membesar dan terdapat pertumbuhan rambut di bahagian yang anda tidak sangka akan berlaku, dan banyak lagi perubahan lain:

  • Dengan banyaknya perubahan kepada diri anda, anda akan lebih peka terhadap rupa paras anda dan kadang-kala menjadi kurang yakin tentang rupa paras anda
  • Perubahan tubuh badan menjadi kebimbangan kepada ramai remaja. Ini akan menjadi masalah apabila kebimbangan ini bertukar menjadi satu obsesi

Apakah masalah imej diri?
Apabila anda rasa tidak gembira mengenai paras rupa anda, dan anda sangat teringin untuk kelihatan berlainan, maka anda mempunyai masalah imej diri.

Jika anda mempunyai masalah ini, anda akan merasa tidak gembira dengan:

  • Keseluruhan rupa anda : (Contohnya, "Saya sangat gemuk, punggung saya terlalu besar !!")
  • Anda tidak berpuas hati dengan salah satu bahagian tubuh anda (contohnya : "Saya berharap mempunyai dagu seperti Anuar Zain")

Apabila anda tidak berpuas hati dengan tubuh badan anda, ia sangat normal bagi anda mahu menukarnya, dan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan perubahan ini.

saya benci hidung saya

bimbang

Mencari perubahan boleh menjadi satu obsesi sehingga anda tidak mampu untuk menumpukan fokus pada aktiviti harian anda.

Jika anda mempunyai masalah imej diri anda akan menumpukan perhatian kepada berat badan dan takut menjadi gemuk. Masalah ini sering terjadi di kalangan remaja perempuan.

self doubt girl

self doubt body building

Remaja lelaki menumpukan perhatian untuk menjadi lelaki "macho" supaya nampak menarik kepada remaja perempuan.

Apakah jenis-jenis masalah imej diri?
Terdapat dua jenis iaitu:

  1. Masalah Pemakanan - makan terlalu sedikit atau terlalu banyak disebabkan persepsi yang salah mengenai bentuk badan sendiri.
    • Anorexia Nervosa
    • Bulimia Nervosa
    • Binge-eating Disorder
  1. Body Dysmorphic Disorder (disebut : dis-mor-fik) - ini ialah terma klinikal di mana anda mempunyai pandangan yang serong dan negatif terhadap tubuh badan anda sehingga anda mahu menukarnya

Akibat masalah imej diri?self doubt distort
Jika anda mempunyai masalah imej diri, anda akan mendapati anda terlalu obsesi dengan cara untuk mengubah tubuh anda.
Anda mungkin:

  • Mengamalkan diet yang tidak sesuai
  • Senaman berlebihan
  • Mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan atau melindungi beberapa bahagian
  • Punya keyakinan diri yang rendah
  • Merasa sensitif dengan pandangan orang lain terhadap anda
  • Memikirkan bagaimana rupa paras anda dan mahu kelihatan yang berlainan

Anda akan mati sebelum anda menjadi cukup kurus!!!

Apakah Anorexia Nervosa?

  • Anoreksia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk
  • Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus
  • Merasa anda tidak cukup kurus

self doubt fat

senaman yang berlebihan

  • Senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa

Akibat Anoreksia Nervosa?
Anda akan merasa murung.
Anda tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka dengan itu akan kelihatan dan merasa tidak sihat.

  • Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan
  • Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah
  • Rambut akan gugur
  • Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)

Remaja perempuan akan lewat datang haid. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ.

Apakah Bulimia Nervosa?
Masalah yang berlaku apabila anda cuba untuk mengekalkan berat badan yang rendah dengan mengeluarkan kembali apa yang anda makan sama ada dengan memuntahkannya atau membuang air besar.
Seperti anoreksia nervosa, anda fikir yang anda tidak cukup kurus dan akan mengurangkan pemakanan anda.

Akibat Bulimia Nervosa
Anda akan mengalami:

  • Berat badan anda akan kerap berubah-ubah
  • Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan
  • Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut yang dimuntahkan keluar
  • Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak
  • Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit)
  • Kelewatan haid bagi remaja perempuan
  • Serangan sawan

Apakah Binge-eating disorder?
Satu masalah bila anda makan berlebihan dan tidak dapat mengawal apa yang anda makan pada satu-satu masa.
"Binge" bermaksud makan secara gelojoh dan tanpa kawalan.
Anda mungkin sedar yang anda mempunyai masalah pemakanan
Walaupun anda sedar, anda masih tidak dapat mengawal cara pemakanan anda kerana makan dalam kuantiti yang banyak sudah menjadi kebiasaan anda


makan yang berlebihan

obesity

Kegemukan bukanlah satu jenaka!

Akibat Binge-Eating Disorder
Anda akan:

  • Menjadi gemuk (lebih berat badan) dan sangat gemuk (obes)
  • Merasa tertekan kerana tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda lakukan sebelum anda gemuk
  • Menghidap beberapa penyakit yang berkaitan dengan Obesiti seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan masalah pernafasan
  • Mendapat sakit perut kerana makan terlalu banyak dan cepat

Apakah "Body Dysmorphic Disorder"?
Anda menjadi sangat muram dan sentiasa risau tentang salah satu kekurangan pada rupa paras anda. Contohnya "Hidung saya terlalu besar", "Muka saya terlalu senget", "Payudara saya terlalu kecil", "Rambut saya kelihatan pelik". Kerisauan ini menyebabkan susah untuk anda menumpukan perhatian kepada aktiviti harian dan pelajaran anda. Anda cenderung untuk menukar paras rupa dan sentiasa tidak berpuas hati dengan bahagian tubuh badan anda. Pembedahan plastik adalah satu kaedah yang digemari bagi menyelesaikan masalah ini.

Akibat "Body Dysmorphic Disorder"

Anda mungkin:

  • Mencederakan diri anda apabila mencuba untuk mengubah bahagian badan yang anda tidak suka
  • Bersenaman berlebihan untuk menegangkan otot atau mengubah bahagian-bahagian badan
  • Berasa risau apabila berada di khalayak ramai dan akan mengurangkan aktiviti sosial anda
  • Cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan bahagian badan yang anda tidak suka

Bagaimana menghadapi masalah konsep diri yang tidak rasional?

  • Tumpukan perhatian pada konsep "Kesihatan Itu Harta" - Lebih baik MEMPUNYAI daripada mendapatkan paras rupa yang dikehendaki.
  • Orang yang sihat secara semula jadinya akan nampak menarik dan mempunyai lebih ramai rakan
  • Makan secara sederhana dan makanlah makanan yang seimbang
  • Bersenam selalu dan dengan cara selamat
  • Belajar cara untuk gembira dan menerima rupa paras anda sendiri
  • Belajar cara mencintai diri anda dan memperbaiki keyakinan diri
  • Lebih berfikiran positif dan belajar menukarkan fikiran negatif kepada positif tidak kira betapa teruknya situasi yang dihadapi
  • Bersahabat dengan mereka yang boleh menerima anda dengan seadanya dan bukan kerana rupa paras anda

Di manakah boleh mendapatkan bantuan?
Anda boleh dapatkan bantuan daripada:

  • Kaunselor sekolah
  • Doktor keluarga
  • Pakar Psikologi

Semakan akhir: 18 Januari 200

No comments:

Post a Comment